heartbeat

Wednesday, August 1, 2012

Batu Karang




Pengenalan
Sakit batu karang dalam saluran kencing ialah sakit samada di bahagian pinggang, perut, bahagian bawah perut dan mungkin terasa sakit juga di hujung zakar dan paha yang disebabkan oleh batu karang.
Dari mana datangnya batu karang
Batu karang terjadi dari mendapan garam galian di dalam air kencing.
Apa itu garam galian? Garam galian adalah minerals seperti natrium, kalium, kalsium, oxalate, urate, klorida dan lain-lain yang terdapat dalam makanan dan minuman harian. Sekiranya garam galian terlampau tinggi atau pekat dalam darah ia akan keluar ke dalam saluran kencing dan berkemungkinan mendapan akan berlaku maka terjadilah batu karang.
Biasanya batu ini terdiri dari:
Jadi, hati-hati jika termakan lebih Calcium. Ia juga memudaratkan.
BAGAIMANA BATU KARANG TERJADI
Sebab-sebab batu karang.
Jadi, punca batu karang adalah berkaitan dengan:
  • garam galian berlebihan dalam darah,
Ada sesetengah penyakit yang membuatkan penyerapan kalsium (calcium) dari usus terlalu tinggi dan ini menyebabkan batu karang senang berlaku. Oxalic acid sangat tinggi kandungannya dalam keledek, bayam, kubis Brussels, terung, daun bawang, brokoli, bit, lobak merah, paprika hijau, terung, selada Romaine dan saderi. Ia juga boleh buatkan batu karang jenis calcium oxalate kalau makan terlalu banyak. Uric acid sangat tinggi dalam darah bagi sesiapa yang mengalami penyakit Gout (gaut=sejenis sakit sendi). Mereka ini juga terdedah kepada batu karang jenis Urate.
  • kurang air dalam badan buatkan garam galian jadi pekat dalam darah dan air kencing berkurangan boleh menyebabkan garam senang mendap.
  • saluran kencing yang berlekuk atau berlopak dan tidak rata kerana jangkitan kuman sebelum ini, menjadikan tempat yang sangat sesuai untuk mendapan bermula.
Saluran kencing yang berlopak menjadikan tempat yang sangat sesuai untuk mendapan bermula dan membuatkan garam galian senang mendap. Ia bermula dengan ketulan yang kecil. Lama kelamaan ketulan garam galian tersebut menjadi besar dan tertanggal dari dinding lalu bergolek kebahagian bawah saluran kencing.
  • kencing yang tidak lancar
Amalan selalu menahan kencing membuatkan kencing menjadi tidak lancar. Pundi kencing (bladder) adalah bergetah (elastic) dan boleh megecut (contract). Disebabkan pundi itu elastic ia boleh mengembang untuk menampung air kencing yang berlebihan  Sewaktu kencing, pundi akan megecut supaya air kencing dalam pundi terkeluar kesemuanya. Seperti getah, bila ia ditarik terlampau panjang atau kuat elastisitinya akan hilang. Daya mengecut juga akan hilang. Jadi sama juga akan terjadi pada pundi kencing sekiranya air kencing dibiarkan bertakung terlalu banyak dalam pundi sehingga pundi mengembang terlalu besar, hingga seseorang rasa tak selesa, elastisiti dan daya mengecut akan hilang dan ini akan membuatkan kencing tidak lawas walaupun air kencing sudah banyak dalam pundi kencing. Bila kencing hanya sedikit sahaja keluar disebabkan pundi tidak dapat mengecut dengan normal. Maka air kencing akan tertinggal dalam pundi. Ini akan membuatkan garam galian senang mendap dan batu karang senang berlaku.
  • keturunan (genetic)
Apakah tanda-tanda batu karang dalam saluran kencing

Ramai doktor tersalah diagnose bila seseorang datang ke klinik mengadu sakit perut atau sakit belakang. Ia diingatkan cuma sakit gastrik atau angin atau sakit urat belakang.

Yang pastinya jika seseorang mengadu sakit yang:
  1. Sakit seperti senak di bahagian tepi belakang atau tepi perut atau tepi perut bahagian bawah atau atas pundi kencing, di kemaluan. Kadang-kadang terasa sakit di bahagian sebelah dalam paha atau
  2. Kencing berdarah.
  3. Bila kencing, terkeluar batu karang mungkin sebesar hujung pen (seperti pasir yang halus)
  4. Sakitnya buatkan seseorang terjaga dari tidur yang nyenyak dan tidak lagi dapat tidur walaupun disapu ubat angin atau selepas buang air besar.
  5. Sakitnya membuatkan seseorang tidak dapat berdiam diri sebaliknya akan meronta-rota dan berjalan ke hulu ke hilir kerana sakit yang berdenyut-denyut.
  6. Terasa ingin buang air besar tetapi tiada najis yang keluar.
  7. Terasa angin dalam perut yang tak hilang walaupun telah ambil ubat angin.
  8. Kadang-kadang loya atau muntah.
Bila seseorang mengalami simptom ini beritahulah kepada doktor mungkin anda terkena penyakit batu karang di saluran kencing. Mintalah dengan doktor agar sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing dibuat. Sekiranya kencing anda didapati mengandungi darah maka besar kemungkinan anda berpenyakit batu karang.
Pencegahan
  • Minumlah air sebanyak mungkin
  • Elakkan menahan kencing.
  • Jangan terlalu ghairah mengambil terlalu banyak kalsium.
  • Makanan yang mengandungi oxalate (seperti tercatit di atas) mesti dikurangkan pengambilannya.
  • Pastikan paras uric acid bagi pesakit gout di paras normal dengan mengambil ubat seperti Allopurinol.
Rawatan
Biasanya jika ke klinik swasta, selepas doktor mengesahkan anda menghadapi sakit batu karang,
  1. Suntikkan untuk menahan atau menghilangkan sakit.
  2. Ubat menghilangkan sakit
  3. Ubat untuk hancurkan batu karang
  4. Disyorkan pemeriksaan X-ray
  5. Jika tidak hilang sakitnya, doktor akan rujuk di hospital
  6. Di hospital beberapa kaedah ada digunakan mengikut saiz batu karang ini seperti shock-wave lithotripsy-yang menggunakan gelombang suara untuk pecahkan batu atau pembedahan.




4 comments: