heartbeat

Thursday, January 31, 2013

Elak tangan sentuh muka

Elak tangan sentuh muka

Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin


SETIAP kali melihat kulit wajah seorang rakan, rasa cemburu berbunga di hati penulis. Cemburu melihat kulitnya yang gebu dan bersih. Sudahlah orangnya manis, kulitnya yang cantik itu menaikkan lagi seri wajahnya, meskipun tidak mengenakan sebarang solekan. Kalau adapun, hanya dioles bedak kompak.
Sepanjang berkawan dengannya, tidak pernah penulis melihat wajahnya kusam. Apa rahsianya yang membuatkan kulitnya seolah-olah kebal daripada jerawat atau masalah lain? Katanya, selain mendapatkan tidur yang cukup, dia juga mengamalkan minum banyak air dan mengurangkan makanan berminyak.
Ini nasihat umum dan terlalu biasa, kata penulis, yang membuatkan si kecil molek itu tersenyum. Rahsia kecantikan seterusnya juga bukanlah luar biasa dia memastikan mukanya ‘terjaga’ daripada tangannya sendiri. Maknanya, tangannya tidak bebas menyentuh mukanya kecuali selepas dicuci bersih.

Apabila difikirkan memang benar kata-katanya. Tangan kita adalah ejen penyebar kekotoran termasuk bakteria dan virus yang paling cekap. Cuba anda kira, sebaik keluar dari rumah hingga sampai ke pejabat, berapa banyak permukaan yang kita sentuh? Kunci kereta, beg tangan, tombol pintu, gril, pintu kereta, pintu pagar luar, stereng kereta, butang lif dan papan kekunci komputer. Itu tidak termasuk kita memegang beg plastik sampah, pintu tandas, kepala paip di tandas tempat kerja dan sebagainya - jumlahnya tidak terhitung.


Di sepanjang perjalanan itu, tanpa disedari kita mengutip terlalu banyak mikro organisma pada setiap objek yang kita sentuh, walaupun hanya beberapa saat. Mikro organisma ini dipindahkan ke muka apabila tangan kita menyentuh bahagian yang menjadi perhatian pertama apabila berhadapan dengan orang lain ini.

Rahsia kecantikan teman tadi amat berguna khususnya pada individu yang berhadapan masalah jerawat yang tidak berkesudahan. Pun begitu nasihat yang kedengarannya mudah ini sebenarnya agak sukar dilakukan.

Bagaimanapun, kalau anda termasuk dalam golongan yang sering menyentuh muka, jangan risau kerana anda tidak bersendirian. Dalam satu kajian didapati secara purata orang menyentuh muka mereka 16 kali dalam masa sejam; kebanyakannya dilakukan tanpa disedari.

Mengapa kita tidak digalakkan menyentuh muka atau menopang dagu? Menyentuh muka dan menekan sel kulit boleh membantu menyebarkan bakteria dan merengsakan kulit, khususnya pada wajah yang sememangnya sudah ‘tertekan’ akibat kehadiran jerawat.

Kebanyakan individu yang mempunyai masalah jerawat berkongsi satu tabiat umum iaitu suka menyentuh dan memecahkan jerawat di wajah mereka walaupun tahu ia hanya memburukkan keadaan.

Memecahkan jerawat dengan jari sebenarnya membuka jalan kepada jangkitan. Tindakan ini memperbanyakkan penghasilan sebum dan merosakkan membran di bawah kulit. Jangkitan dan sebum tersebar di bawah kulit anda, menyebabkan kemunculan lebih banyak jerawat. Apa yang dibimbangkan ialah jika ia meninggalkan parut pada wajah. Apa yang anda perlu lakukan ialah membersihkan wajah dengan produk yang bersesuaian.


Cara untuk mengelakkan tangan daripada menyentuh muka:
  • Lakukan sesuatu untuk membuatkan tangan anda sibuk. Jika anda tekun bekerja, anda tiada masa untuk meraba-raba muka atau menggeselkan tangan di muka. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda boleh melayari Internet atau bersembang di laman sosial kerana ia mengganggu tumpuan pada kerja.
  • Bagi yang masa kerjanya lebih banyak dihabiskan dalam pejabat, lekat peringatan di meja atau di tepi skrin komputer anda.
  • Pakai sarung tangan. Ini khusus bagi mereka yang ada tabiat suka menyentuh muka sedangkan kulit wajah bermasalah. Anda akan rasa tidak selesa untuk menyentuh muka dengan tangan yang bersarung. Namun, pastikan sarung tangan anda sentiasa bersih supaya ia tidak menjadi ‘rumah tumpangan’ kepada bakteria.
  • Dapatkan kerja sama ahli keluarga dan rakan untuk menjadi ‘pemerhati’ supaya mereka boleh menegur setiap kali anda menyentuh muka. Kalau mahu lebih efektif, anda mungkin boleh mendenda diri sendiri dengan membayar beberapa puluh sen setiap kali anda menyentuh muka. Anda akan terkejut dengan jumlah yang terkumpul dalam sebulan.
  • Tetapkan sasaran bila anda mahu meninggalkan tabiat ini, contohnya dalam masa 30 hari. Lekatkan stiker besar pada hari ke-30. Catatkan perkembangan anda setiap hari. Jika berjaya, berilah hadiah kepada diri sendiri dengan membeli sesuatu yang anda gemari atau setidak-tidaknya manjakan diri anda di pusat rawatan kecantikan.
  • Jika tidak mencapai sasaran atau kejayaan anda hanya bertahan satu atau dua minggu saja, jangan putus asa. Cuba lagi dan kali ini berazamlah untuk melupuskan tabiat ini sepenuhnya. Cabar diri anda untuk berusaha melakukannya.
  • Belajar teknik solekan ringkas. Jika anda perlu menghadiri acara tertentu, anda boleh bersolek sendiri dan tidak perlu lagi mengharapkan sentuhan juru solek. Bukan meragukan kepekaan mereka terhadap aspek kebersihan, tetapi anda tentu lebih yakin dengan kebersihan tangan sendiri.
  • Pada masa sama, amalkan minum air secukupnya kerana air boleh membantu pengeluaran bahan kotor di dalam badan dengan lebih cepat dan berkesan. Selain itu masukkan bersenam sebagai agenda harian, supaya anda lebih sibuk dengan aktiviti yang bukan saja menyihatkan, malah ia secara tidak langsung dapat menyerlahkan kecantikan.


  • Sumber: Harian Metro

    Khasiat jus lemon

     
    Khasiat jus lemon

    Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

    Kulit putih bersih, tanpa sebarang noda yang mampu mencacatkan penampilan wajah menjadi idaman setiap wanita. Tidak kira apa latar belakang seseorang itu, semua menginginkan rupa paras sempurna.
    Keinginan memiliki kulit cerah terutama di kalangan wanita di negara Asia membuatkan ramai mencuba pelbagai bahan kosmetik dan teknik supaya kelihatan menawan.
    Ada yang mengeluarkan perbelanjaan besar untuk mencapai tujuan itu. Malah ada sanggup mengambil risiko memakai produk yang mempunyai bahan kimia terlarang hydroquinone, asalkan kulit mereka menjadi cerah.

    Biarpun jumlah melanin dalam kulit sudah ditentukan secara genetik dan sukar untuk seseorang yang gelap bertukar menjadi putih, setiap kulit mampu kelihatan berseri-seri dan bersih dengan penjagaan serta rawatan.


    Tidak perlu berhabis wang atau berhadapan risiko kulit terbakar dan rosak semata-mata mahu kelihatan cantik, sedangkan alam semula jadi sudah menyediakan penyelesaiannya di sekeliling kita.

    Hampir setiap bahan semula jadi daripada keluarga tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai khasiat kepada kulit dan ia tidak seharusnya dipersiakan.

    Tidak perlu berada dalam kerisauan memikirkan mengenai kesan sampingan atau wang yang mengalir keluar dari poket kerana bahan semula jadi sememangnya satu anugerah tidak ternilai kepada manusia yang tahu menghargainya.

    Antara bahan yang boleh digunakan tanpa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kelihatan cantik ialah lemon yang boleh dibeli pada harga jauh lebih murah dan lebih penting ia selamat pada tubuh.

    Lemon berupaya memberikan kesan yang mampu memudarkan noda atau tanda pada kulit yang membuatkan wajah kelihatan kusam dan kurang berseri.

    Selain mencerahkan kulit, jus lemon membantu untuk mengurangkan kedutan, noda hitam dan sel kulit mati pada kulit, seterusnya mendapat kulit lebih bermaya.

    Lima hingga enam peratus komponen lemon ialah asid sitrik yang memberikannya rasa masam dan mampu mencerahkan kulit manakala kandungan pH yang rendah membuatkannya bersifat antibakteria.

    Di negara India, lemon digunakan dengan meluas dalam perubatan tradisional Siddha dan Ayurveda bagi merawat beberapa masalah kesihatan dan kecantikan.

    Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi mendapatkan hasil optimum daripada lemon terhadap kecantikan kulit. Antaranya, memerah jus limau nipis dan masukkan ke dalam bekas penyembur yang dicampur dengan air dalam nisbah yang sama.

    Jus lemon itu kemudiannya boleh disembur pada kulit wajah bila perlu untuk kesan menyegarkan dan pada masa sama, mampu mencerahkan kulit jika dilakukan secara konsisten.

    Namun pastikan jus lemon tidak terkena pada bahagian kulit yang terluka atau termasuk dalam mata kerana ia akan menyebabkan kepedihan.

    Lemon yang sudah dikisar bersama kulitnya juga boleh digosok pada kulit secara membulat. Bukan saja ia dapat membersihkan kulit tetapi ia juga akan mencerahkan kulit jika sering dilakukan.

    Buah itu juga boleh digunakan sebagai pencuci, pupur dan penyental kulit dengan cara mencampurkan jus lemon, air, madu dan aloe, kemudian sapukan pada wajah setiap pagi sebelum dicuci bersih.

    Cara lain yang boleh digunakan adalah dengan memicitkan jus lemon pada bola kapas dan sapukan pada wajah. Biarkan selama kira-kira 30 minit sebelum dicuci dengan air.

    Bagi mereka yang mahukan kulit lembut, lemon juga boleh dijadikan losen badan dengan mencampurkan dua bahagian jus lemon dan tiga bahagian glycerin. Kacau hingga rata dan sapu pada kulit.

    Pupur lemon boleh dihasilkan dengan mencampurkan satu sudu makan jus lemon, satu sudu makan jus tomato, satu sudu makan jus timun dan satu sudu makan sudu makan serbuk gaharu, menjadi pes. Sapu pada kulit dan biarkan selama 15
    hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.

    Satu lagi cara membuat pupur adalah dengan mencampurkan satu sudu makan serbuk susu, satu sudu makan madu, satu sudu makan jus lemon dan dua titik minyak pati. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.

    Bagi menghasilkan penyental kulit, campurkan dua sudu makan gula perang, putih telur dan satu sudu makan jus lemon. Sapukan pada kulit dalam gerakan membulat dan sental secara lembut. Biar pada kulit kira-kira 15 minit sebelum dicuci.

    Biarpun lemon terbukti membantu untuk mencerahkan kulit wajah, ia mengambil masa lebih lama berbanding penggunaan bahan kimia.

    Selain itu, elakkan terdedah lama di bawah matahari sekiranya dalam proses mencerahkan kulit menggunakan lemon kerana bukan saja lebih melambatkan proses, kulit juga mudah rosak.

    Penggunaan jus lemon disarankan dilakukan selang sehari kerana penggunaan jus lemon boleh menyebabkan kulit menjadi sedikit kering jika digunakan setiap hari. Selepas rawatan menggunakan jus lemon, digalakkan memakai pelembap kulit bagi mengelakkannya kering.

    Rawatan menggunakan jus lemon juga perlu dilakukan secara konsisten dan sabar bagi melihat hasilnya.


    Sumber: Harian Metro
     

    Tuesday, January 29, 2013

    Jangan pandang remeh sakit tonsil

    Credit kepada:-
    Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
    maria.zakaria@utusan.com.my
    Gambar RAZAK LATIF

    MENGALAMI sakit tekak ketika demam merupakan satu senario biasa yang sering dihidapi orang dewasa mahupun kanak-kanak.

    Keadaan ini sudah pasti memberi ketidakselesaan kerana selain berasa sakit di bahagian tekak, pesakit juga akan mengalami masalah untuk menelan.

    Lazimnya, jika masalah ini berlaku adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.

    Bagaimanapun menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa.

    Ini kerana jelas beliau, apabila sampai tahap kritikal masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang.

    "Lazimnya kanak-kanak yang mengalami demam, antara perkara pertama yang akan diperiksa oleh doktor ialah memastikan sama ada tonsil mereka membengkak ataupun tidak.

    "Sekiranya tonsil membengkak doktor akan mengenalpasti adakah itu jangkitan kuman virus atau bakteria.

    "Sekiranya bengkak tersebut disebabkan bakteria pesakit perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa maut," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

    Secara umumnya semua orang mempunyai tonsil yang merupakan bonjolan di tepi kiri dan kanan anak tekak.

    Bonjolan ini tidak berbahaya kerana tonsil berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan badan daripada serangan kuman.

    Begitupun kebanyakan kanak-kanak mempunyai tonsil yang lebih besar berbanding orang dewasa kerana tubuh baru mengenali kuman dan bakteria.

    Bagaimanapun apabila meningkat dewasa bonjolan ini semakin mengecil dan fungsinya sebagai satu mekanisme pertahanan diri daripada kuman juga tidak penting lagi.

    Tambah Dr. Samril lagi, walaupun pada dasarnya tonsil berperanan sebagai sistem pertahanan badan daripada serangan kuman, tetapi ia hanya berfungsi pada tahun pertama kelahiran.

    Ini kerana jelas beliau selepas tahap tersebut, tonsil tidak lagi berfungsi dan sistem imuniti badan akan diambil alih oleh kelenjar limfa yang lain.

    Jelas Dr. Samril, pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria.

    Begitupun sekiranya hanya jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk.

    Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.

    Katanya, sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.

    Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah.

    Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.

    Apabila ditanya mengenai pandangan ramai yang mengatakan pembuangan organ terbabit akan menjejaskan sistem pertahanan tubuh, katanya, ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang salah.

    Yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.


    Sumber:-
    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130110/kn_01/Jangan-pandang-remeh-sakit-tonsil#ixzz2JN4qgV8B
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    Cara Nak Letak Iklan Nuffnang Yang Berwajah Baru Tu Dalam Blog

    Assalamualaikum semua....

    Seperti dijanjikan, hari ini nak update entry pasal letakkan iklan dari website nuffnang berwajah baru ke dalam blog korang-korang sekalian....


    Inilah dia, mengikut step by step eh:-


    1) Memula log in Nuffnang punya website tu... Sure korang dah ade ID Log in tu kan... Ni gambonya, log in kat ikon bertanda "klik sini":-




    2) Selepas succes log in ID korang ke dalam website Nuffnang, korang akan directly masuk ke blog manager, macam contoh gambar kat bawah ni. Pastu nama blog korang tu yang ada ikon "klik sini"





    3) Selepas curses sampai kat blog name korang, akan appear box "manage my blogs". Ni contoh gambarnya:-


    4) Selepas itu, korang jump ke blog setting korang, yang akan appear macam ini:-



    5) Lepas itu, korang klik kat update survey box yang berwarna kelabu tu. Refer gambar bawah eh.


    6) Lepas tu, korang akan jump ke bahagian survey.. Kat situ ada 2 section, jemputlah isi survey tu ye.. Ini memang procedure Nuffnang ye.. Bukan suka-suka tapi yang benar belaka.. hehehe.. ni contoh gambarnya:-



    lepas abis update survey tu, bawah sekali ader box submit. klik situ eh. 


    7) Lepas tu, akan appear kat atas sekali tu, akan ada box warna hijau, situ akan ada tulisan Add Ads Pages, seperti di contoh kat bawah ini"-


    8) Lastly, korang akan jumpa code yang korang cari selama ini. Akan muncullah Ads Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle.  jeng jeng jeng... contohnya seperti dibawah ini ye.

    Sekarang, bolehla korang letak semua ad type tu dalam blog korang. Klik setiap jenis ads tu. Nanti akan keluar code dia, then tepek ke dalam blog korang macam biasa. Yeaay.....



    Harap ini dapat membantu korang eh...

    Selamat mencuba korang.. :) 

    Hari Update Entry

    Assalamualaikum..

    Hai... hari ini nak update entry menggunakan laptop.. Selalunya update entry guna phone aje.. Maklumlah kekangan masa membuatkan masa terbatas nak update entry depan laptop.. Menjadi suri rumah ternyata lagi renyah dari berkerja uolls... huhuhu.. Sapa bilang duduk kat rumah relax manjang... Silap kenyataan itu ye.. lagi la banyak kerja yang perlu dikerjakan weh...

    Well.. Well... mengomel panjang pasal kerja rumah memang takkan abis.. confrim! tak kan pernah abis weh... Sebabnya ada je kerja yang perlu diselesaikan, kalau tak buat, memang akan menyakitkan mata weh...

    Hari ini, rasanya nak update entry pasal iklan nuffnang yang berwajah baru tu dalam blog.. Sepatutnya tahun lepas lagi buat.. Tapi, ade aje kerja yang menyebabkan entry tertangguh.. huh! ader aje keje yang menjadi penghalang.. Maaf la di pinta, hari ini, diri ini berjanji akan membuat sesuatu.. hehehehe...

    Oklah, kite berjumpa dalam entry baru ye, kali ini, akan update pasal entry yang tertangguh itu ye... See ya....


    Saturday, January 26, 2013

    Ekzema siksa si kecil

    EKZEMA merupakan masalah kulit yang biasa dialami oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Penghidapnya akan mengalami keadaan tidak selesa di mana kulit akan berasa gatal, kemerahan dan berair.

    Penyakit ini yang turut dikenali sebagai dermatitis atopik sebenarnya masalah biasa di kalangan bayi dan kanak-kanak.

    Lebih 20 peratus daripada bayi dan kanak-kanak mengalami masalah ini yang mengakibatkan ruam merah, gatal dan adakalanya melepuh.

    Menurut Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Pusat Kulit Singapura, Prof. Madya Giam Yoke Chin, ekzema jenis ini biasanya bermula pada tahun pertama hayat bayi dan kebanyakannya terjadi dalam tempoh lima tahun pertama.

    "Ekzema berpunca daripada gen dan kecacatan struktur dan imun yang menjejaskan rintangan pertahanan kulit.

    "Gejala penyakit ini jarang didapati semasa dilahirkan, tetapi selalunya muncul pada enam minggu pertama hayat.

    "Di kalangan bayi, ruam ekzema biasanya terdapat pada muka, siku dan lutut, iaitu bahagian anggota yang mudah dicapai dan digaru oleh tangan si kecil.

    "Ruam boleh merebak ke bahagian badan lain dan umumnya menimbulkan keadaan yang sangat tidak selesa, merengsakan dan adakalanya menyakitkan si kecil.

    "Bagaimanapun hakikat yang sering tidak ditonjolkan ialah serangan protease yang biasanya terselindung di sebalik kemunculan ekzema.

    Rawatan


    "Terdapat banyak cara bagi merawat ekzema. Bagaimanapun kemajuan yang dicapai baru-baru ini dalam kajian dermatitis atopik telah menemui konsep baru yang akan mengubah cara merawat ekzema dan menangani isu serangan protease," ujar Yoke Chin.

    Beliau menambah, kajian telah memetakan kepekaan kulit dalam satu julat iaitu dengan meletakkan kulit normal di satu hujung dan kulit dengan ekzema teruk di hujung satu lagi.

    Kulit normal adalah kulit tanpa ruam dan jerawat serta mempunyai tahap lembapan yang seimbang. Pada hakikatnya, tidak ada kulit yang sempurna sepenuhnya.

    Faktor penting dalam pengurusan kesihatan kulit bayi ialah perlindungan, khususnya bagi memastikan rintangan kulit bayi sentiasa dilindungi.

    "Bagi membolehkan kita menghargai peranan kulit sihat sebagai benteng pertahanan, kita perlu memahami proses pengeluaran sel kulit baru. Sel kulit membahagi di bawah epidermis bagi membolehkan pengeluaran bekalan sel kulit baru.

    "Sel kulit ini kemudian mula matang apabila bergerak naik melalui kulit dan membentuk lapisan akhir paling atas yang dinamakan stratum korneum, iaitu benteng pertahanan yang biasanya melindungi badan daripada alam sekitar dan menghalang bahan yang menyebabkan kerengsaan dan alahan daripada masuk ke dalam kulit dan kehilangan air yang menyebabkan kulit kering.

    ''Benteng pertahanan kulit diibaratkan sebagai tembok bata dengan sel kulit sebagai bata dan lamela lipid (struktur yang mengikat sel kulit) sebagai simen. Kestabilan tembok bata dipastikan oleh rod linear' kulit atau filamen yang mengikat sel kulit dan membolehkan kulit menentang kuasa penyerang.

    ''Bagi mengekalkan fleksibiliti bentang pertahanan kulit, sel kulit perlu terkelupas daripada permukaan dan proses ini diaktifkan oleh enzim yang dinamakan protease.

    ''Dalam proses semula jadi, protease menyebabkan kepecahan protein dalam kulit bagi membolehkan proses pembaharuan. Bagaimanapun, masalah ekzema bermula apabila protease menjadi lebih aktif,'' katanya.

    Prof. Giam menjelaskan, sungguh pun kerosakan benteng pertahanan kulit boleh dicetuskan oleh gen, sabun, bahan pencuci, ubat sapu yang mengandungi steroid dan perbuatan menggaru, serangan protease juga boleh menyebabkan ekzema.

    Kulit yang sihat mempunyai asid yang sedikit dengan pH lima hingga enam. Apabila diserang ekzema, kulit menjadi lebih beralkali dengan pH7. Kulit beralkali mudah meningkatkan aktiviti protease yang menyebabkan kerosakan benteng perlindungan kulit dan memburukkan keadaan ekzema bayi.

    Apabila pH kulit menjadi lebih beralkali, enzim protease menjadi terlebih aktif hingga mengakibatkan kerosakan sel dan kegagalan benteng pertahanan kulit.

    Ini menambah ketertelapan kulit menyebabkan kulit menjadi sensitif dan mudah ditembusi serangan daripada alam sekitar termasuk bakteria, virus dan alergen (bahan yang menyebabkan kerengsaan dan alahan).

    Sungguhpun perhatian khusus patut diberikan kepada mereka yang memang mempunyai keadaan kulit sensitif namun semua orang terdedah kepada serangan protease. Oleh itu, adalah penting untuk mengawal aktiviti protease dan mengelakkan serangan protease.

    Menurut Prof. Giam lagi, benteng pertahanan kulit yang paling nipis yang lebih mudah diserang ekzema ialah seperti muka, siku dan lutut. Benteng pertahanan kulit pada bahagian ini terlalu sedikit lantas memudahkan bahan perengsa dan alergen menembusi benteng pertahanan serta mencetuskan ekzema.

    Ibu bapa kata beliau, perlu memahami dan mengetahui rawatan bagi menyembuhkan ekzema bayi mereka. Pilih produk rawatan yang lembut dan selesa kepada kulit bayi yang tidak mengandungi bahan pencuci berbuih (sodium lauryl sulphate - SLS) dan sodium lauryl athyl sulphate (SLES).

    Mereka yang mempunyai kulit sensitif boleh mengawal aktiviti protease dengan menggunakan sabun lembut dengan bahan pembersih yang amat sedikit.

    Selain itu, tambah Prof. Giam, rawatan pencegahan dan juga penghidratan jangka panjang menggunakan produk pelembapan adalah penting dalam pengurusan ekzema.


    Sumber:-
    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130124/kn_01/Ekzema-siksa-si-kecil#ixzz2J5A8TyZC
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    Friday, January 25, 2013

    Teknik Menyusukan Bayi Dengan Betul

    Assalamualaikum.

    Lama tak bersiaran, kekangan masa betul sekarang ni. Ape nak buat, tugas seorang ibu memang sebegitu. Haruslah dilakukan walau macam mana sekali pon kan...

    Well, hari ini rasanya nak share posisi menyusukan anak-anak tercinta dengan betul. Ini juga untuk penambahbaikkan ilmu diri sendiri. Marilah kita sama-sama belajar memahirkan diri. Bak kata orang putih continuous learning...

    Ok let's go... Perhatikan gambar di bawah ini. Ini di klasifikasikan sebagai posisi menyusukan anak kecil dengan betul ye..

    Antara posisi menyusukan bayi dengan betul terdiri daripada:-

    1) mendukung/cradle
    Teknik ini yang sangat digemari. Teknik ini diguna pakai sewaktu para ibu-ibu sedang duduk, tak kira duduk di atas kerusi, atas lantai. Sama aje teknik or posisi yang di gunakan. Lebih elok jika di alas bantal bg menyokong badan si i u kerana, apabila si ibu selesa, produktiviti susu akan lebih meriah.. Percaya lah..
    Untuk posisi ini, pastikan kepala, badan dan kaki berada dalam keadaan lurus dengan kepala bayi lebih tinggi dari bahagian lain badannya.

    2) Mendakap/clucth hold
    Teknik ini sama seperti mendukung tapi kedudukan bayi yang sedikit berbeza. Posisi ini, bayi akan baring pada sisi ibu, dan kaki bayi akan menghala ke belakang ibunya. Ketika menyusukan bayi, pegang kepala dan tampung belakang bayi dengan tangan ibu hampir kepadanya. Lebih selesa jika ibu alaskan kepala bayi dengan bantal, barulah bayi dapat menikmati susu dengan selesa dan aman bahagia.

    3) Mendukung bersilang/cross cradle
    Posisi ini sama seperti posisi mendukung tetapi yang membezakannya adalah, tangan ibu yang berada jauh dari kepala bayi akan menampung bahagian belakang dan kepalanya.

    4) Berbaring/lying down
    Posisi yang menjadi pujaan hati para ibu ketika tidur malam. Sangat lah senang sambil-sambil tidur pon boleh menyusukan anak ye dop?? Hehehe..
    Posisinya adalah dengan berbaring mengiring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan sedikit. Gunakan bantal untuk menyokong kepala, belakang dan peha ibu. Bayi juga kena baring mengiri mengadap ibu ye. Untuk bahagian kepala bayi, kena tinggikan bagi sama tinggi susu ibunya, caranya? Gunakanlah bantal untuk mendapatkan ketinggian kepala sama dengan susu ibu dia.

    Setelah siapkan menyusukan anak-anak kita wahai para ibu-ibu, kita kena lah sendawakan dia pulak.. Kalau tak disendawakan, alamatnya jeluak susu lah pulak nanti diorg tu. ha, satu kerja pulak kan nak lap bagai.. Oleh itu ada teknik jugak untuk sendawakan bayi kita tu, iaitu:-

    1) mendakap
    Dukung bayi dengan kepala diletakkan atas bahu ibu, usap belakang badan bayi atau tepuk-tepuk manja dengan tapak tangan ibu dilengkukkan a.k.a cupping style. Tepuk manja-manja je tau. Jangan kuat-kuat nanti tercabut jantung dia.. Huh! Naya beb..

    2) Dudukkan bayi atas riba ibu
    Dudukan bayi atas riba ibu, kemudian usap belakang bayi dengan usapan manja. Boleh jugak tepuk-tepuk tapi kena berhati-hati takut sakit belakang dia tu sebab tak ada apa nak tampung depan bayi tu kan..

    Mudah bukan? Sangat enjoy melakukan ya bukan? So..... Marilah kita, para ibu-ibu yang hebat, menyusukan anak-anak kita..

    Credit gambar:-
    Susuibu.com
    Majalah pa&ma



    Wednesday, January 9, 2013

    Virus oh virus

    Assalamualaikum..

    Satu rumah dijangkiti virus! Teruk betul! Bermula dengan anak terunaku, lepas tu si kakak berjangkit. Lepas tu si ayah dan mak berlumba kena virus, tapi ayahnya kalah, kena demam, mak dia dijangkiti selsema dan batuk aje. Parok weh..

    Sabo je lah dugaan awal tahun. Si anak terunaku lah yang paling banyak kali follow up ke hospital. Memula pegi ambik vaksin. Selang 3 hari jumpa paed sebab demam panas. Lepas tu selang 3 kemudian jumpa lagi paed sebab batuk berkahak! Amboi ko anak.. Nasib baik hospital dekat dengan rumah anak oi..

    Ape ape pon, ni lah dugaan awal tahun. Memang mengerikan.. Ni si anal teruna belom fully recover.. Si kakak pon massih ade selsema. Si ayah pulak suara merdu sengaunya. Si mak pulak tak abis abis dengan batuk dan selsemanya! Naik meluat sok sek sok sek hidung ni tau..

    Semoga kami sekeluarga cepat sembuh. Wahai virus, ko dah la datang tak dijemput, ni tak reti reti nak chow chin chow ke?! Grrrrrr!! Mak marah ni!! Pegi ko penyakit! Pergi dari kami.. Syuuuuuuh... Mak halau virus virus ni ke antartika....

    Tuesday, January 1, 2013

    Coretan pertama di tahun 2013

    Assalamualaikum..

    Bermulahlah hari baru di tahun baru. Marilah kita berusaha menjadi insan lebih baik dari sebelumnya. Cewah! Ayat terbaeek..

    Hari baru di tahun baru sangat mengujakan. Semoga perjalanan kita di tahun baru ni mendapat keberkatan dari Allah s.w.t insya Allah.

    Tahun ini jugak, bakal melahirkan new addition family member.. Ye lagi sekali.. Suprise sesangat kan. Tapi rezeki Allah bagi, terima dgn gembira.. Hopefully everything will go smootlhy. Amin..

    Marilah sama-sama kita semua menjayakan tahun 2013 kita dengan corak kita sendiri. Jangan pepandai nak bagi orang lain corakkan ye. Kalau orang tu nak jugak corakkan untuk kita, suruh orang tu bukak buku sendiri.. Hehehe