heartbeat

Tuesday, January 26, 2010

10 Health Benefits of Apples


We were told that an apple a day keeps the doctor away, but what exactly are the health benefits of apples?

Here are ten reasons to heed the advice of that old proverb:-

  • Bone Protection
French researchers found that a flavanoid called phloridzin that is found only in apples may protect post-menopausal women from osteoporosis and may also increase bone density. Boron, another ingredient in apples, also strengthens bones.

  • Asthma Help
One recent study shows that children with asthma who drank apple juice on a daily basis suffered from less wheezing than children who drank apple juice only once per month. Another study showed that children born to women who eat a lot of apples during pregnancy have lower rates of asthma than children whose mothers ate few apples.

  • Alzheimer's Prevention
A study on mice at Cornell University found that the quercetin in apples may protect brain cells from the kind of free radical damage that may lead to Alzheimer's disease.

  • Lower Cholesterol
The pectin in apples lowers LDL ("bad") cholesterol. People who eat two apples per day may lower their cholesterol by as much as 16 percent

  • Lung Cancer Prevention
According to a study of 10,000 people, those who ate the most apples had a 50 percent lower risk of developing lung cancer. Researchers believe this is due to the high levels of the flavonoids quercetin and naringin in apples.

  • Breast Cancer Prevention
A Cornell University study found that rats who ate one apple per day reduced their risk of breast cancer by 17 percent. Rats fed three apples per day reduced their risk by 39 percent and those fed six apples per day reduced their risk by 44 percent.

  • Colon Cancer Prevention
One study found that rats fed an extract from apple skins had a 43 percent lower risk of colon cancer. Other research shows that the pectin in apples reduces the risk of colon cancer and helps maintain a healthy digestive tract.

  • Liver Cancer Prevention
Research found that rats fed an extract from apple skins had a 57 percent lower risk of liver cancer.

  • Diabetes Management
The pectin in apples supplies galacturonic acid to the body which lowers the body's need for insulin and may help in the management of diabetes

  • Weight Loss
A Brazilian study found that women who ate three apples or pears per day lost more weight while dieting than women who did not eat fruit while dieting.

Monday, January 25, 2010

NIKMAT CINTA

EKSPRESI cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah.


Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.Namun, apabila lima perkataan itu - cinta - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.

Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda. Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi.Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya.

Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.

Antara petua-petua yang boleh kita lakukan untuk ketika menghadapi kekecewaan yang melanda perasaa kita;-
  • Latih minda melupakan kenangan pahit
Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.


Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri 'berhenti' mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.


Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.
  • Buang sikap risau
Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.
  • Belajar bersyukur 
Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan.
Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari
  • Belajar jadi pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.
Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu.
Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
  • Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik.
Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Ketawalah untuk melegakan perasaan yang gundah gulana itu :))
  • Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan
Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum 'sebab dan akibat'.
  • Hati mesti 'keras'
Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu.
Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya.


Masa untuk Menyingkirkan Kotoran di Rumah

  • Membersihkan Sofa:
Kenal pasti jenis fabrik sofa anda, ia diperbuat dari apa dan keadaannya pada masa itu; sama ada kotorannya akibat daki, tumpahan benda asing atau jenis bauan yang terdapat padanya.
Anda juga boleh periksa sama ada di sofa anda terdapat label yang dilekatkan oleh pengusaha yang kadangkala turut memberi panduan untuk mencuci sofa tersebut.
Apabila telah mengenalpasti jenis fabrik yang ada pada sofa dan cara untuk membersihkannya, pastikan anda mula mencuci bahagian yang tidak nampak pada pandangan hadapan.
Caranya, basahkan bahagian tersebut dengan cecair pembersih dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum anda lap dengan tuala bersih. Jika ada warna yang luntur, sebaiknya jangan guna cecair pencuci tersebut, jika tidak melunturkan maka boleh teruskan cucian.
Sebelum membersih dengan cecair pencuci, pastikan buang kotoran yang ada pada sofa dengan menggunakan penyedut hampagas atau berus sabut. Kain yang diperbuat daripada mikro fiber memang sesuai untuk membersihkan fabrik atau perabot.
Tetapi pastikan menggunakan kain baru dan bukannya yang pernah digunakan untuk mencuci tandas kerana dikhuatiri kuman akan berpindah ke sofa tersebut.
Selepas cucian, gunakan pula penyembur fabrik untuk mengasingkan kotoran. Selepas semburan, ada beberapa cara untuk mengekstrak kotoran yang tertinggal, caranya dengan; - Pembersihan satu kawasan kotor sahaja- Pengasingan kawasan yang basah- Pembersihan menggunakan buih- Pembersihan kering.
  • Membersihkan lantai
Mulakan dengan mop habuk dan vakum untuk mengelakkan habuk daripada berterbangan. Bila lantai bersih daripada sebarang kotoran dan habuk, maka proses pembersihan lebih mudah dibuat.
Membersihkan lantai, pastikan habuk yang disedut dari penyedut hampagas itu dibuang ke dalam plastik sampah dan bukannya dalam lubang tandas.
Kemudian, isi baldi dengan air bersih. Tambahkan serbuk pencuci dan sebaiknya gunakan yang mempunyai agen pembasmi kuman. Dengan mop pastikan anda mengelap semua lantai, perah mop supaya kesan pembersihan lebih baik. Tukar air baru jika air dalam baldi tadi sudah berubah warna kelabu.



Source: Utusan Malaysia Online

Bebaskan Diri dari TEKANAN

Terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup:-


1) Tidur yang mencukupi
Tidur yang mencukupi dapat merehatkan badan serta otak. Kajian menunjukkan, seseorang yang tidur tiga hingga empat jam kurang daripada kadarnya yang biasa akan mengalami tekanan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikan diri anda mudah dijangkiti kuman. Penemuan itu dilaporkan dalam majalah perubatan Lancet pada bulan Oktober 1999


2) Berwuduk (bagi yang beragama Islam)
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri dengan mengambil wuduk sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Secara psikologi ia membantu memberikan kita pemikiran yang lebih positif. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar lebih tenang semasa sesi ulang kaji.


3) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Justeru, segala tekanan sewaktu bekerja sekurang-kurangnya dapat dilepaskan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


4) Amalkan diet
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet. Pemakanan yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis


5) Menangis sepuas hati
Tekanan yang dihadapi dapat diredakan melalui luahan hati. Biasakan dengan menzahirkan masalah anda di atas kertas atau meluahkannya kepada rakan karib anda. Jika anda mahu menangis, lakukan sahaja. Menangislah sepuas-puasnya tapi anda perlu tahu bila masa terbaik untuk berhenti.


6) Tingkat keyakinan diri
Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh biarpun ia susah.Kita perlu positif dengan setiap arahan dan perubahan agar ia tidak memberikan impak negatif pada emosi kita. Apa yang penting kita mesti menghargai kebolehan diri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


7) Cintai diri sendiri
'Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain'. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding mencintai diri orang lain. Dari situ barulah kita akan lebih menghargai diri sendiri dan mahu mencapai yang terbaik demi masa depan kita.


8) Tarik nafas dalam-dalam
Bila anda tiba-tiba rasa mahu marah atau diserang panik, tarik nafas dalam-dalam.Lakukannya beberapa kali. Apabila anda menyalurkan oksigen yang mencukupi ke otak, ia akan membantu anda berfikir dengan lebih wajar.


9) Lavender
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.


10) Kasih Sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.


11) Peluk sesuatu
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.


12) Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.


13) Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.


14) Senyum
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.


15) Allah
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.

Wednesday, January 20, 2010

Petua mudah menggunakan bahan bahan dapur


Garam:
Selain menjadi ubat kumur untuk meredakan tekak yang sakit, garam sangat berkesan untuk masalah hidung tersumbat. Larutan garam yang suam boleh disedut masuk melalui rongga hidung untuk memberi kelegaan pernafasan dan mencegah jangkitan resdung







Halia:
Teh halia berkesan membunuh kuman dan meredakan masalah perut. Halia yang digunakan dalam produk mandian juga merangsang sistem limfa dengan mempercepat proses penyingkirannya.





Bawang putih:
Banyak kajian telah mengesahkan bahawa bawang putih mentah memiliki nilai antikulat, antibakteria dan antivirus. Penggalak daya ketahanan tubuh ini juga boleh meningkatkan pendarahan, maka mereka yang mengambil ubat berkaitan pendarahan perlu berhati-hati ketika menyertakan bawang putih ke dalam diet mereka

Madu:
Bahan yang memiliki nilai pemulihan tinggi ini meredakan batuk dan meningkatkan imunisasi. Campuran madu dan jus limau segar adalah ubat batuk semula jadi.





Buah oren:
Vitamin C dalam jus oren yang diminum setiap hari mampu memendekkan durasi selesema. Setiap 1,000 miligram vitamin C yang diambil setiap enam jam boleh mengurangkan atau mencegah simptom flu dengan berkesan










Mudah nak mendapatkan bahan bahannya kan.. Apa lagi, marilah mencubanya :))

Monday, January 18, 2010

Gerhana Matahari Separa

Tanggal 15 Januari 2010, Jumaat yang lalu, rakyat Malaysia dapat menyaksikan satu lagi tanda kebesaran Allah dalam mengatur perjalanan alam semesta yang maha luas, iaitu fenomena gerhana matahari separa.Fenomena alam itu berlaku apabila matahari, bulan serta bumi berada dalam satu garisan dan satah yang dinamakan sebagai penjajaran sempurna.

Secara keseluruhannya, fenomena tersebut dilihat menerusi lintasan selebar 300 kilometer (km) yang merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur. Di sesetengah kawasan, mereka dapat menyaksikan gerhana matahari anulus iaitu berbentuk cincin disebabkan bulan tidak menutupi matahari sepenuhnya.

Di Malaysia, banyak pihak telah mengadakan program tertentu seperti pencerapan gerhana di beberapa lokasi sesuai, menganjurkan solat sunat kusuf (gerhana matahari) dan khutbah khas sempena kejadian tersebut.Apa yang pasti, fenomena gerhana sebenarnya mengajak manusia agar sentiasa merenungi kebesaran Ilahi yang berkuasa melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya.Penentuan Takwim Hijri

Di samping itu, kejadian gerhana juga mempunyai hubung kait dengan penentuan takwim Hijri (Hijrah) atau kalendar Islam.Menurut Pensyarah Unit Falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman (UDM), Dr. Baharrudin Zainal, geometri fasa bulan bermula dengan keadaan ijtimak, di mana matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan.Sementara gerhana matahari pula berlaku apabila ketika ijtimak, matahari, bulan dan bumi berada pada satu satah. Dalam keadaan lain ketika ijtimak, bulan tidak berada pada satah yang sama dengan garisan matahari-bulan.

"Oleh itu, ijtimak yang berlaku berpadanan dengan gerhana matahari, membolehkan manusia menyaksikan fenomena yang berangkai ini, iaitu ijtimak dan gerhana matahari."Selepas ijtimak, bulan akan teranjak dari penjajarannya dengan garisan bumi-matahari sekali gus menandakan bermulanya proses pembentukan anak bulan," jelas Dr. Baharrudin dalam satu kiriman e-mel kepada Kosmo! baru-baru ini.Ujar beliau lagi, ketika fasa bulan purnama pula, bulan berada pada kedudukan paling luar dalam garisannya dengan matahari dan bumi.Dalam keadaan yang dinamakan sebagai istiqbal, cahaya matahari jatuh sepenuhnya ke permukaan bulan (fasa bulan purnama).

 Walau bagaimanapun, sekiranya matahari, bulan dan bumi berada pada satu satah ketika ini (istiqbal), gerhana bulan pula akan berlaku."Bahagian gelap pada permukaan bulan yang dilihat dari bumi sebagai formasi gerhana, sebenarnya ialah bayang-bayang bumi. Maka, gerhana matahari berlaku pada akhir bulan Hijri (pada hari ke 29). Sementara gerhana bulan pula berlaku pada malam bulan purnama (sama ada malam ke-14 atau 15)," katanya.Berdasarkan rekod, pada awal pagi 1 Januari 2010, (bersamaan 15 Muharam), rakyat Malaysia telah dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan separa. Manakala pada 15 Januari lalu, (bersamaan 29 Muharam), berlaku pula gerhana matahari.Mengikut data pergerakan bulan dan matahari pada tarikh tersebut (15 Januari 2010), kemuncak gerhana matahari anulus berlaku pada pukul UT 07.07 (bersamaan jam 3.07 petang waktu Malaysia).Ketika itu, bulan dan matahari berada segarisan dengan titik bumi di tengah-tengah Lautan Hindi, pada latitud 01° 37' Utara dan longitud 69° 17' Timur, bersamaan waktu tengah hari bagi tempat ini (berdekatan dengan kepulauan Maldives).

Dengan halaju purata pergerakan bulan 13°/hari berbanding matahari pada kadar 1°/hari, bulan memintas ke timur matahari selepas kemuncak gerhana. Semakin jauh bulan berpisah dengan matahari (atau semakin lama mengikut masa), bahagian bulan yang bercahaya mula kelihatan dari Bumi. Bahagian bercahaya dalam bentuk 'jaluran sabit yang halus' disebut anak bulan. "Dalam konteks penyediaan takwim Hijri, anak bulan yang wujud selepas ijtimak hendaklah disabitkan dengan kenampakannya secara fizikal ataupun dinilai mengikut syarat jangkaan kenampakan (imkannur rukyah).Berdasarkan keputusan cerapan anak bulan yang dilakukan untuk satu tempoh yang lama, ahli-ahli falak dalam pelbagai tamadun telah menerbitkan model bagi syarat kenampakan tersebut dengan kuantiti tertentu."Antara kuantiti yang digunakan untuk membuat justifikasi kenampakan anak bulan ialah umur bulan selepas ijtimak, ketinggiannya di atas ufuk, jarak sendeng kedudukannya dengan matahari atau kadar cahayanya," terang Dr. Baharrudin lagi.

Penetapan Awal Safar 1431HOleh itu, berdasarkan senario pada 15 Januari 2010 bersamaan 29 Muharam 1431H, bulan terbit kira-kira lapan minit lebih awal berbanding matahari, menunjukkan selisih kedudukan kedua-dua objek itu.Selepas kemuncak kejadian gerhana (kira-kira jam 4.30 petang), bulan dan matahari mengalami proses pemisahan bagi pembentukan fasa bulan seterusnya. Menjelang waktu Maghrib di Kuala Terengganu pada jam 7.12 petang, bulan didapati telah melepasi hanya satu bulatan cakera matahari sahaja.Menurut hitungan, bulan ketika itu (iaitu anak bulan Safar 1431H) berada kurang satu minit sahaja di atas ufuk. Anak bulan dalam keadaan ini disifatkan sebagai 'tidak wujud' kerana tidak memenuhi syarat fizikal kenampakannya."Justeru, tarikh 16 Januari 2010 bersamaan 30 Muharam dan 1 Safar 1431H jatuh pada hari Ahad, bersamaan 17 Januari 2010," ujarnya sambil memaklumkan bahawa pada petang 30 Muharam (Sabtu malam Ahad), anak bulan Safar berada setinggi 10½° selama hampir 50 minit di atas ufuk.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia akan mengalami dua gerhana anulus pada 21 Mei 2031 dan 14 Oktober 2042.

Sumber: Suratkhabar Kosmo

Friday, January 15, 2010

Sembilan Petua Doa Yang Dimakbul

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.



1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."


2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. 3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."


6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."


7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."


8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'


9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Tips Untuk Memotivasikan Diri



1. Ucapkan kata positif supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Jika boleh, beri semangat pada diri setiap pagi, setiap hari dan setiap saat kita bernafas.



2. Baca artikel motivasi pendek yang merangsang pemikiran supaya gelombang minda bertukar menjadi lebih positif.


Dengar ceramah motivasi menggunakan alat MP3, telefon bimbit dan seumpamanya. Pada waktu pagi, lazimnya banyak gelombang negatif yang bersimpang-siur daripada orang keliling.


Keadaan jalan yang sesak, berita keganasan dan cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.


3. Saat menyedari diri mula berfikiran negatif, latih diri untuk beristighfar kerana ia dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati.


Perkataan yang dibaca, dilihat dan didengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.


4. Apabila perkataan negatif, tenaga yang terbit juga menjadi negatif. Kemudian ia mempengaruhi diri supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi diri menurun, tidak bersemangat, lemah, longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih buruk, kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.


5. Hanya ada satu jenis gelombang menguasai minda sama ada positif atau negatif. Perkataan yang dibaca, diucap dan didengari mempengaruhi gelombang minda ini.


Jadi, untuk memastikan diri sentiasa bersemangat dan bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan positif dan baik, sekerap mungkin. Ini bagi membolehkan tenaga yang terbit adalah positif dan kesannya, diri menjadi positif sepanjang hari.

Tips Bila Anda Tertekan













PERNAHKAH anda rasa terlalu tertekan atau rendah diri apabila dimarahi ketua juga marah apabila disisihkan rakan sepejabat?



Sekiranya anda seorang pelajar, barangkali rasa malu menyelinap diri apabila dileter guru.


Si peniaga pula mungkin kurang bersemangat apabila perniagaan merudum atau rakan sekerja kurang memberikan kerjasama hingga menyebabkan pelbagai masalah lain melanda.


Ketika berdepan situasi sedemikian, apa perlu dilakukan? Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga. Berikut mungkin petua yang boleh digunakan bagi menjadikan diri lebih gembira dan ceria walau di mana jua berada, di samping terpaksa menonjolkan sikap selamba walaupun di hati sedang ‘bergelora’.


• Niat di hati. Katakan pada diri sendiri, “Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”


• Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.


Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.


• Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh keyakinan, biar nampak bertenaga.


• Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.


• Banyakkan istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.


Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, anda mengambil wuduk.


Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar terasa damai.


Selepas itu, bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya, bersyukur kerana mempunyai kerja untuk mencari rezeki, punya pendapatan di akhir bulan dan seumpamanya.


Amalan sentiasa bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat.

Bila Anak Mengadu Sakit Perut



Biasanya penyebab sakit perut tidak begitu jelas. Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan.

Namun perlu diketahui, tidak semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat.

Oleh kerana itu, penting untuk para ibu bapa lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Pertama, ibu bapa perlu mengetahui gejala sakit perut umum. Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah.

Bagi bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.

Untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun belum dapat ditafsirkan dengan tepat.

Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas pula dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan sakit.

Bayi sering mengalami gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat penting juga untuk memerhatikan kelainan pada bahagian-bahagian badan yang lain. Kepada anak usia prasekolah, sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit dan trauma.

Sementara anak usia sekolah biasanya mengalami apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus.

Sakit perut dan cara mengatasinya

Jika sakit perut kerana makan berlebihan atau gas, gejalanya ialah perut bayi atau kanak-kanak itu kembung dan kejang pada perut.

Tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.

Untuk penyakit sembelit pula, biasanya penghidap akan merasa sakit perut. Cara mengatasinya adalah dengan memberikan si kecil jus prun yang dihancurkan atau ubat yang dijual dalam pasaran. Namun yang penting, biasakan si kecil untuk lebih banyak makan makanan berserat.

Bagi keracunan makanan pula, anak akan mengalami kejang perut, muntah, cirit-birit dan sering demam.
Untuk mengatasinya, berikan makanan atau beri minum air yang banyak bagi mencegah dehidrasi.

Alahan laktosa pula ialah sejenis penyakit yang menunjukkan gejala seperti sering buang angin, muntah atau sakit perut setelah minum susu. Untuk itu, sebaiknya pilih susu dan keju yang bebas laktosa.

Jika anak anda menunjukkan gejala seperti berasa terlalu sakit di sekitar pusat atau perut bahagian kanan, segera bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Stres juga boleh menyebabkan sakit perut pada bayi dan kanak-kanak. Mereka akan sakit perut yang dirasakan sukar untuk dijelaskan, walaupun si kecil nampak sihat.

Jika ia berlaku, cari penyebab dan penyelesaiannya. Ia mungkin tekanan akibat kepadatan waktu belajar di sekolah.

Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat tekanan yang dihadapinya.

Friday, January 8, 2010

Biar Anak Makan Sendiri

Menyuap bayi kecil dengan makanan ada kalanya memberikan ibu bapa pengalaman kurang menyenangkan. Dengan kerenah yang pelbagai, anak mungkin sukar untuk ditenteramkan ketika waktu makan. Lebih-lebih lagi pada kali pertama anak diperkenalkan dengan makanan pejal.


Pada ketika ini, kebanyakan ibu bapa berdepan dengan episod tanggungjawab yang baru. Peluang melihat anak mengunyah dan menerima makanan pejal sudah pasti mengujakan. Tetapi, realitinya tidak selalu begitu menyeronokkan. Ada juga yang mungkin menyifatkan tempoh tersebut ibarat satu mimpi ngeri.


Sampai begitu teruk sekali? Agaknya itu soalan yang bermain dalam minda ibu bapa-ibu bapa baru. Tempoh bercerai susu memakan masa sekurang-kurangnya enam bulan dan perubahan ini memerlukan asas pendekatan yang bijak. Ini bagi memastikan anak membesar dengan sihat dan menjadikan proses pemakanan sesuatu yang menyeronokkan baginya.


Pakar perkembangan anak dan pemakanan bayi, Gill Rapley dalam bukunya, Baby-Led Weaning (BLW) mengajak ibu bapa membiarkan anak mencuba makanan itu sendiri. Ya, maksudnya memberi anak peluang menyuap diri sendiri.


BLW yang ditulis bersama seorang penulis bebas dan wartawan Tracey Murkett itu mendedahkan bahawa pengalaman menyuap dan membiarkan anak 'mengemudi' keseluruhan proses pemakanan itu pastinya satu pengembaraan menarik. Sebabnya, hanya dengan cara ini, anak berupaya merasa dan mencuba makanan, sekali gus meningkatkan koordinasi tangan dan mata


Kaedah itu juga membantu bayi anda memperbaiki kemahiran mengunyah serta bijak mengendalikan pelbagai jenis makanan. Lagipun, BLW bukan satu kaedah yang baru. Malah, ia berkesan dipraktikkan sama ada untuk anak yang masih menyusu susu badan, mengambil formula susu alternatif mahupun gabungan kedua-duanya.


Rapley sendiri berpengalaman lebih dua dekad sebagai pelawat dalam bidang kesihatan dan pernah menjadi bidan serta seorang sukarelawan perunding penyusuan payu dara.


Menyifatkan BLW sebagai satu kaedah yang bukan sahaja mudah, semula jadi dan selamat, ia turut mengajak ibu bapa mempercayai kemahiran serta naluri bayi terhadap makanan.


Buku yang terbahagi kepada lapan bab itu antara lain merangkumi topik seperti kebaikan kaedah BLW, membantu anak belajar, makanan pertama, kelakuan di meja makan dan kepentingan pemakanan yang sihat.

Selain itu, Rapley dan Murkett yang juga seorang ibu, ingin mengajak ibu bapa membuang persepsi bahawa bayi tidak harus makan makanan yang diambil oleh ahli keluarga lain.

"Tetapi, kebanyakan resipi dalam buku-buku masakan makanan sihat sebenarnya boleh disesuaikan untuk dikongsi oleh si kecil anda. Jadi, kalau diet anda bernutrisi dan menyihatkan, mengapa perlu ada resipi berasingan?" soalnya seperti dipetik daripada buku setebal 256 muka surat itu.

Lebih menarik lagi, bayi juga mempunyai motivasi untuk makan. Rapley menyakinkan ibu bapa bahawa kecederungan seseorang bayi berusia enam bulan untuk memasukkan makanan ke dalam mulut tiada kaitan langsung dengan perasaan lapar.

Sebaliknya, si kecil anda mungkin lebih berminat untuk meniru tindakan orang dewasa menerusi pemerhatian dan latihan secara kerap. Perasaan ingin tahu dan naluri untuk mencuba lebih kerap menjadi pendorongnya

"Bayi perlu tahu jenis makanan yang selamat ataupun tidak. Jadi, dia akan meneliti apa yang diambil oleh ibu bapa mereka. Tempoh ini berlaku pada ketika dia mula mencuba dan bereksperimen dengan tangan atau lengan untuk mengambil barang," terang Rapley lagi.

Tindakan ini tidak jauh bezanya dengan kecenderungan anak mengambil barangan mainan. Cuma, makanan yang dimasukkan ke dalam mulutnya ada rasa, tekstur dan boleh dimakan.

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana bayi anda tidak akan tertelan makanan itu. Sebabnya, bayi pada peringkat ini belum pandai mengalihkan makanan ke dalam mulut. Ini bermakna makanan itu secara tidak langsung akan terkeluar semula

Pendek kata, pengenalan makanan pejal kepada bayi anda buat beberapa bulan pertama hanyalah untuk tujuan pembelajaran. Bayi anda hanya dibenarkan memasukkan makanan ke dalam mulut sebaik sahaja dia mempelajari rasa dan tekstur pelbagai makanan berbeza.

Tidak lupa juga, Rapley menasihati ibu bapa agar memberi layanan sama kepada anak ketika waktu makan. Tindakan tidak terlalu mengongkong jenis makanan yang diambil dan tidak terlalu kerap mengelap mukanya sewaktu makan adalah salah satu cara menghormati anak sebagai seorang individu.

Hanya dengan beberapa petua daripada buku Baby-Led Weaning, mudah-mudahan waktu makan si kecil anda lebih menarik dan yang penting, ia juga sebenarnya amat menyeronokkan.

:: Info dari Kosmo ::

Thursday, January 7, 2010

Takut Ke Sekolah Kecelaruan Sementara

Setelah bercuti hampir dua bulan di penghujung tahun, cuti sekolah akan berakhir dan tiba masanya untuk kembali ke sekolah untuk memulakan penggal baru di tahun yang baru. Perasaan untuk menjejakkan kaki semula ke sekolah pasti mengujakan lebih-lebih lagi apabila dapat bertemu rakan-rakan selepas bercuti panjang.


Namun tidak kurang juga yang dilanda gementar dan gundah-gulana terutama bagi mereka yang baru bergelar 'murid sekolah'.


Sesetengah kanak-kanak berasa gugup dan takut pada hari pertama mereka berada di sekolah. Malah ada juga yang menangis dan meraung tanpa mempedulikan persekitaran.


'Simptom' ini adalah kecelaruan sementara yang berlaku ekoran masih tidak selesa dengan situasi yang baru mereka alami.


Kaunselor Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Noraniza Mohd. Noor memberitahu, kecelaruan tersebut hanyalah bersifat sementara.


''Selepas keadaan semakin selesa dan mereka mula menyesuaikan diri dengan persekitaran baru itu, keadaan akan bertukar menjadi seronok.


''Biasanya selepas mempunyai kawan-kawan dan berasa selesa di sekolah, perasaan takut dan gementar akan hilang.


"Begitupun ketegasan daripada ibu bapa untuk memantau anak-anak mereka juga adalah penting,'' tegasnya ketika dihubungi baru-baru ini.


Noraniza berkata, perasaan ini muncul apabila anak-anak ini takut untuk menyesuaikan diri tambahan pula dengan suasana serta mempunyai guru dan kawan-kawan baru.


Dalam rata-rata kes, kata beliau, kanak-kanak yang takut ke sekolah juga kerana mengalami kesukaran untuk berkomunikasi yang menjadi penyebab ketidakselesaan.


Kebimbangan tersebut menyebabkan keengganan untuk ke sekolah.


''Apa yang penting, dalam tempoh berdepan dengan kesukaran itu, kanak-kanak memerlukan sokongan padu daripada orang terdekat terutama ibu bapa dan adik beradik,'' ujarnya bersungguh.


Menurutnya lagi, kecelaruan itu biasanya akan berlaku pada lima hari awal persekolahan.


Namun tegasnya, kecelaruan tersebut biasanya akan hilang selepas memasuki minggu kedua persekolahan serta selepas mereka mempunyai keseronokan tersendiri seperti mempunyai kawan baik.


Menurutnya, mengakui terdapat lima peratus yang mengalami kecelaruan tersebut pada kanak-kanak yang baru menjejaki ke sekolah


Dalam pada itu, peranan ibu bapa dalam mengatasi permasalahan ini adalah penting.


"Seharusnya terangkan kepada anak-anak bahawa menghadiri ke sekolah adalah perkara penting bagi memastikan dia sentiasa dalam keadaan berilmu.


''Selain itu, alihkan perhatian kecelaruan itu kepada perkara-perkara yang menyeronokkan mereka seperti membeli makanan kegemaran serta membeli mainan kepada mereka.


''Tidak salah amalkan perkara tersebut, jika ia tidak keterlaluan namun di sebalik itu kongsikan mereka juga dengan cerita-cerita yang melibatkan persekolahan supaya mereka sukakan perasaan untuk ke sekolah,'' ujarnya lagi


Noraniza menggalakkan ibu bapa berkongsi perasaan dengan anak-anak supaya mereka dapat meluahkan tentang alasan mereka enggan ke sekolah.


''Pertimbangkan semua kemungkinan tersebut, tunjukkan rasa simpati dan sokongan serta memahami kekecewaan yang mereka alami,'' katanya.


Namun katanya, nyatakan kepada mereka yang kita memahami kegelisahan yang dialami tetapi dalam masa yang sama harus tegas agar dia seronok ke sekolah.


Selain itu, tegas beliau lagi, cuba mengenali rakan-rakan di sekolah, keadaan ini akan memberi keseronokan kepada kedua-dua pihak kerana saling membantu pada waktu memerlukan


''Cuba kenali siapa rakan-rakan sekelasnya, dengan cara ini ia boleh memberi keseronokan kepada mereka,'' katanya.


Sebagai ibu bapa, tidak semua tindakan mereka betul dan anak-anak harus mengikutinya, jadi biarkan mereka membuat kerja dengan cara sendiri.


''Perlu diingatkan bahawa apa yang sesuai dengan kita tidak semestinya sesuai dengan gaya kerja anak oleh itu, bebaskan dia supaya dapat melakukan dengan cara tersendiri selagi tidak melanggar peraturan,'' katanya.

Tuesday, January 5, 2010

Rahsia pelajar cemerlang

Di sini disertakan beberapa tip untuk menjadi pelajar cemerlang dan seimbang dalam setiap segi:-

1. Tentukan visi anda
Sebagai seorang pelajar, anda mestilah memiliki visi yang jelas ke mana hala tuju anda. Tanpanya, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah yang berkarisma, menghargai masa, bercita-cita tinggi, berkomitmen tinggi dan pragmatis atau praktikal.


2. Aturkan langkah anda
Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi atau cita-cita mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda berada 'di atas landasan' dan 'tiba ke destinasi' pada waktu yang telah ditetapkan.


3. Rancang masa depan anda sekarang
Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.


4. Luangkan masa untuk bertindak
Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak. Buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.


5. Konsisten dan jangan mudah mengalah
Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda! Mudah mengaku kalah kepada diri sendiri adalah mereka yang tidak akan berjaya dan kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri.


6. Tumpukan perhatian kepada matlamat anda
Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan dan masalah remeh temeh. Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu iaitu mahu berjaya!

7. Percaya kepada pertolongan Tuhan dan usaha sendiri
Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumiNya, bukan untuk menemui jalan gagal. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.

8. Solat dan doa
olat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan. Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.