1. Tentukan visi anda
Sebagai seorang pelajar, anda mestilah memiliki visi yang jelas ke mana hala tuju anda. Tanpanya, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah yang berkarisma, menghargai masa, bercita-cita tinggi, berkomitmen tinggi dan pragmatis atau praktikal.
2. Aturkan langkah anda
Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi atau cita-cita mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda berada 'di atas landasan' dan 'tiba ke destinasi' pada waktu yang telah ditetapkan.
3. Rancang masa depan anda sekarang
Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.
4. Luangkan masa untuk bertindak
Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak. Buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.
5. Konsisten dan jangan mudah mengalah
Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda! Mudah mengaku kalah kepada diri sendiri adalah mereka yang tidak akan berjaya dan kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri.
6. Tumpukan perhatian kepada matlamat anda
Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan dan masalah remeh temeh. Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu iaitu mahu berjaya!
7. Percaya kepada pertolongan Tuhan dan usaha sendiri
Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumiNya, bukan untuk menemui jalan gagal. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.
8. Solat dan doa
olat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan. Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.
No comments:
Post a Comment