heartbeat

Monday, January 25, 2010

Bebaskan Diri dari TEKANAN

Terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup:-


1) Tidur yang mencukupi
Tidur yang mencukupi dapat merehatkan badan serta otak. Kajian menunjukkan, seseorang yang tidur tiga hingga empat jam kurang daripada kadarnya yang biasa akan mengalami tekanan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikan diri anda mudah dijangkiti kuman. Penemuan itu dilaporkan dalam majalah perubatan Lancet pada bulan Oktober 1999


2) Berwuduk (bagi yang beragama Islam)
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri dengan mengambil wuduk sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Secara psikologi ia membantu memberikan kita pemikiran yang lebih positif. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar lebih tenang semasa sesi ulang kaji.


3) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Justeru, segala tekanan sewaktu bekerja sekurang-kurangnya dapat dilepaskan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


4) Amalkan diet
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet. Pemakanan yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis


5) Menangis sepuas hati
Tekanan yang dihadapi dapat diredakan melalui luahan hati. Biasakan dengan menzahirkan masalah anda di atas kertas atau meluahkannya kepada rakan karib anda. Jika anda mahu menangis, lakukan sahaja. Menangislah sepuas-puasnya tapi anda perlu tahu bila masa terbaik untuk berhenti.


6) Tingkat keyakinan diri
Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh biarpun ia susah.Kita perlu positif dengan setiap arahan dan perubahan agar ia tidak memberikan impak negatif pada emosi kita. Apa yang penting kita mesti menghargai kebolehan diri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


7) Cintai diri sendiri
'Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain'. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding mencintai diri orang lain. Dari situ barulah kita akan lebih menghargai diri sendiri dan mahu mencapai yang terbaik demi masa depan kita.


8) Tarik nafas dalam-dalam
Bila anda tiba-tiba rasa mahu marah atau diserang panik, tarik nafas dalam-dalam.Lakukannya beberapa kali. Apabila anda menyalurkan oksigen yang mencukupi ke otak, ia akan membantu anda berfikir dengan lebih wajar.


9) Lavender
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.


10) Kasih Sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.


11) Peluk sesuatu
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.


12) Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.


13) Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.


14) Senyum
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.


15) Allah
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.

No comments:

Post a Comment