heartbeat

Monday, January 25, 2010

Masa untuk Menyingkirkan Kotoran di Rumah

  • Membersihkan Sofa:
Kenal pasti jenis fabrik sofa anda, ia diperbuat dari apa dan keadaannya pada masa itu; sama ada kotorannya akibat daki, tumpahan benda asing atau jenis bauan yang terdapat padanya.
Anda juga boleh periksa sama ada di sofa anda terdapat label yang dilekatkan oleh pengusaha yang kadangkala turut memberi panduan untuk mencuci sofa tersebut.
Apabila telah mengenalpasti jenis fabrik yang ada pada sofa dan cara untuk membersihkannya, pastikan anda mula mencuci bahagian yang tidak nampak pada pandangan hadapan.
Caranya, basahkan bahagian tersebut dengan cecair pembersih dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum anda lap dengan tuala bersih. Jika ada warna yang luntur, sebaiknya jangan guna cecair pencuci tersebut, jika tidak melunturkan maka boleh teruskan cucian.
Sebelum membersih dengan cecair pencuci, pastikan buang kotoran yang ada pada sofa dengan menggunakan penyedut hampagas atau berus sabut. Kain yang diperbuat daripada mikro fiber memang sesuai untuk membersihkan fabrik atau perabot.
Tetapi pastikan menggunakan kain baru dan bukannya yang pernah digunakan untuk mencuci tandas kerana dikhuatiri kuman akan berpindah ke sofa tersebut.
Selepas cucian, gunakan pula penyembur fabrik untuk mengasingkan kotoran. Selepas semburan, ada beberapa cara untuk mengekstrak kotoran yang tertinggal, caranya dengan; - Pembersihan satu kawasan kotor sahaja- Pengasingan kawasan yang basah- Pembersihan menggunakan buih- Pembersihan kering.
  • Membersihkan lantai
Mulakan dengan mop habuk dan vakum untuk mengelakkan habuk daripada berterbangan. Bila lantai bersih daripada sebarang kotoran dan habuk, maka proses pembersihan lebih mudah dibuat.
Membersihkan lantai, pastikan habuk yang disedut dari penyedut hampagas itu dibuang ke dalam plastik sampah dan bukannya dalam lubang tandas.
Kemudian, isi baldi dengan air bersih. Tambahkan serbuk pencuci dan sebaiknya gunakan yang mempunyai agen pembasmi kuman. Dengan mop pastikan anda mengelap semua lantai, perah mop supaya kesan pembersihan lebih baik. Tukar air baru jika air dalam baldi tadi sudah berubah warna kelabu.



Source: Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment