heartbeat

Tuesday, January 7, 2014

Bahaya Kanser Serviks

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)
Assalamualaikum..


Utusan Online ada siarkan artikel mengenai kanser serviks. Satu info yang berguna bagi kita semua mengetahuinya.



Kanser servik adalah kanser kedua membunuh wanita Malaysia selepas kanser payu dara.
Lebih 11,00 wanita telah disahkan menghidap kanser ini setiap tahun terutamanya dalam kalangan wanita muda yang berumur lewat 30-an.
Pengarah dan Pengurus Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan (NCSM), Dr. Saunthari Somasundaram berkata, kanser servik adalah antara kanser yang semakin kerap dihidapi wanita sekarang ini.
"Setiap tahun, lebih 5,000 penghidap kanser servik meninggal dunia kerana tindakan mereka yang lambat mengesan kanser yang merebak secara diam.
"Kebanyakan kanser servik menyerang tanpa petanda atau simptom awal menyebabkan sebahagian wanita yang hidup dengan penyakit ini akan mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan kerja dan terpaksa bergantung hidup serta bantuan daripada keluarga terdekat," jelasnya.
Sementara itu, Pegawai Perubatan Pusat Pengesanan Kanser Wanita, Dr Lalilah Kamaruddin menyatakan, di rantau Asia Pasifik purata seorang wanita berumur dari 30 hingga 55 tahun meninggal akibat kanser dalam masa empat minit.
"Kanser servik adalah penyakit di mana sel-sel dalam badan tumbuh di luar kawalan. Apabila kanser bermula di dalam servik, ia dikenali sebagai kanser servik.
"Kedudukan servik adalah lebih rendah, pada hujung sempit rahim. Rahim ialah tempat di mana bayi membesar apabila seorang perempuan mengandung.
"Servik juga menghubungkan bahagian atas uterus kepada vagina," katanya.
Tambahnya, peringkat awal kanser servik tidak mempunyai gejala sehinggalah ia dapat dikesan melalui pemeriksaan pap smear.
"Apabila seseorang wanita didiagnos menghidap kanser servik mereka sebenarnya masih mempunyai peluang cerah untuk terus hidup jika melakukan pemeriksaan pada peringkat awal kerana kanser ini adalah kategori kanser yang mudah dicegah.
"Pencegahan ini boleh dilakukan melalui suntikan vaksin dua kali secara percuma bagi remaja ketika mereka berumur 13 dan 18 tahun. Kaedah seterusnya adalah melalui pemeriksaan pap smear," jelas Dr. Lalilah.
Katanya, terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadi kanser servik iaitu melakukan hubungan seks pada usia muda, jangkitan virus HPV berisiko tinggi, merokok, wanita dari golongan susah ataupun miskin, keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit HIV/AIDS, pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan lain-lain.
Wanita yang tidak pernah menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser servik sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser tersebut.
Sementara itu, bagi memberi kesedaran kepada wanita tentang bahaya kanser servik, jenama sabun mandian dan wangian May dari Lam Soon Edible Sdn. Bhd. (Lam Soon), telah telah bekerjasama dengan NCSM melalui program kesedaran May care For You .
Pengarah Urusan Lam Soon, Francis Ng, berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan melalui produk yang memberikan kepercayaan dan paling rapat dengan golongan wanita.
"Kempen kali kedua ini kami telah bergabung dengan Pasaraya Giant bermula pada 27 November 2013 sehingga Januari 2014.
"Kempen ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada wanita tentang kepentingan memahami kanser servik dengan melakukan pengesanan awal dapat mencegah dari menghidap kanser ini," jelasnya.
Duta bagi produk May. Pelakon Tiz Zaqyah turut memeriahkan majlis dan memberi sokongan kepada kempen ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131224/kn_03/Bahaya-kanser-servik#ixzz2piTYhJoC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment