heartbeat

Tuesday, January 7, 2014

Sembellit ketika Berpantang

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)
Assalamualaikum..

Hari ini nak share satu informasi yang berkaitan dengan sembelit ketika berpantang. Ramai yang mengalami kan. Maklumlah masa berpantang, tak banyak makanan yang berserat kita bole makan macam bukan dalam pantang kan.. So untuk dapatkan penjelasannya, jom baca artikel dari utusan online ni..

Meh kita baca sama-sama informasi yang beguna ni.

Saya berusia 28 tahun dan baru saja melahirkan anak pada Oktober lalu. Saya musykil kerana dalam tempoh berpantang, saya mengalami masalah sembelit dan sekarang ini menghadapi penyakit buasir yang teruk. Apakah punca dan rawatan masalah saya ini?
n Rozi, Kuala Lumpur

Jawapan
Sembelit adalah masalah biasa semasa hamil dan juga dalam pantang. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan juga mungkin disebabkan kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat awal selepas kelahiran. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi yang diambil pada masa ini juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. 

Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu. Anda perlu mengawasi diet. Pastikan minum air secukupnya dan lakukan senaman. Perlu makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Janganlah terlalu berpantang dengan tidak mengambil langsung sayur-sayuran atau buah-buahan.

Anda juga dinasihatkan minum banyak air atau jus buah sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu. Lakukan aktiviti seperti biasa. Suplemen yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.

Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor boleh memberi ubat yang sesuai kepada anda.

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita selepas bersalin, tetapi jika ia berlarutan, maklumkan kepada doktor anda. Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. 

Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.

Buasir
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.

Apabila vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ianya terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

Rawatan
Proses rawatan yang boleh dilakukan untuk peringkat awal adalah pemberian ubat melembutkan najis.

Lingkaran getah (rubber band ligation) bagi peringkat ketiga dan keempat bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif. Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. 

Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman saja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.

Kaedah lain pula adalah kaedah Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation).

Selain itu, minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari. Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit. Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan menikmati makanan segera.

Jika makan di luar rumah, pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar. Jika terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131208/kn_01/Sembelit-semasa-berpantang#ixzz2piUtApaV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment