heartbeat

Tuesday, January 7, 2014

Rawat Ekzema

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum.. Hari ini nak share satu artikel yang menarik dan sangat bagus untuk kita semua. Artikel mengenai penyakit yang berkaitan dengan kulit iaitu ekzema.

Bagi sesapa yang tak tau ape tu ekzema, bole la baca artikel ni eh. Bagus untuk menambah ilmu pegetahuan kita.. 

Jok chekidaut artikel yang dipetik dari Utusan Online ni..

KULIT merupakan tisu nipis yang membaluti tubuh manusia dan merupakan antara bahagian badan yang cukup sensitif terhadap perubahan atau tekanan alam sekitar.

Ini kerana kulit merupakan organ tubuh yang bersentuhan secara langsung dengan segala hal di luar tubuh misalnya cuaca, sinar matahari atau yang lain.
Hal ini juga membuatkan kulit secara tidak langsung terdedah dengan pelbagai persekitaran yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan ada ketikanya diserang penyakit kulit.

Disebabkan keadaan sekeliling serta udara yang dilihat semakin tidak sihat hari ini, pelbagai jenis penyakit kulit atau penyakit berjangkit mampu âmenghuniâ tubuh badan yang terdedah.

Antara penyakit yang sinonim dengan kulit ialah ekzema. Penyakit kulit ini boleh âmenyerangâ sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, dan kaum.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Holista Biotech Sdn. Bhd., Datuk Dr. Rajendran Marnickvasagar, selain ekzema terdapat banyak lagi jenis penyakit kulit seperti dermatis serta alahan dan yang paling ekstrem ialah psoriasis.

Bagaimanapun tambah beliau, penyakit kulit yang biasa dihidapi masyarakat hari ini ialah ekzema di mana satu daripada lima orang akan mendapat penyakit kulit ini dan ada kalanya boleh menyebabkan kulit berair, berdarah, dan bernanah.

Katanya lagi, keadaan ini disebabkan oleh banyak faktor dan antaranya ialah pemakanan, persekitaran, penggunaan minyak wangi, penggunaan sabun, dan sebagainya.

âNisbah satu daripada lima ini kebanyakannya tidak memerlukan rawatan di mana penyakit kulit ini akan datang dan pergi begitu sahaja

âBegitupun kesemuanya mempunyai satu talian genetik di mana kajian genetik menunjukkan bahawa seorang atau dua daripada ibu bapa boleh memberikan kesan genetik itu.

âYang pasti penyakit ini perlu ditanggung seumur hidup di mana tiada rawatan yang dapat menyembuhkannya,â ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai penyakit kulit tersebut, Dr. Rajendran memberitahu bahawa rawatan untuk mengubatinya terdapat dalam pelbagai cara dan antaranya ubat steroid bukan sahaja krim tetapi secara oral bagi penyakit kulit yang serius.

Manakala bagi mereka yang hanya sekadar mengalami masalah kulit seperti ruam akibat daripada alahan cukuplah hanya sekadar menggunakan ubat anti histamin.

Namun begitu, Dr. Rajendran menjelaskan kaedah rawatan yang sistematik dapat mengurangkan kesan penyakit itu seterusnya dapat mengelak daripada terus merebak dan menjadi serius atau kronik.

Berbicara lanjut mengenai penyakit kulit tersebut, Dr. Rajendran menyatakan bahawa sehingga kini punca sebenar ekzema tidak diketahui tetapi biasanya dikaitkan dengan alahan kepada susu formula, sabun, makanan laut, air berklorin tinggi, dan sebagainya lagi.

Bercakap pula mengenai rawatan, ia bergantung kepada tahap keseriusannya dan hari ini terdapat pelbagai produk berada di pasaran dan dalam usaha mengurangkan penggunaan streoid banyak produk berasaskan krim telah pun dikeluarkan.

Selain krim seperti ceramide yang lazim digunakan, terbaharu krim Truveno juga mampu mengurangkan penyakit kulit yang dialami.

Bagi pesakit yang menghidap penyakit kulit ini, perlu menyapu krim atau losen pelembab beberapa kali sehari untuk mencegah kulit menjadi kering.

Begitupun, tindak balas terhadap penggunaan krim ini berbeza mengikut individu tersebut.

Yang pasti, mereka yang mengalami masalah kulit ini perlulah mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat seperti mengawal pemakanan dan banyakkan senaman.

Pada masa yang sama, Dr. Rajendran turut menasihatkan pesakit agar memilih pemakan yang sihat dan elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan kegatalan dan alahan seperti makanan laut.

Paling penting, pesakit memerlukan penjagaan doktor yang profesional dalam usaha mengawal penyakit kulit tersebut daripada merebak seterusnya menjadi serius dan kronik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131217/kn_01/Rawat-ekzema#ixzz2piUIrYva
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment