heartbeat

Thursday, January 30, 2014

Fahami asas kesihatan, kecergasan diri

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/3F7EDC49-3C6E-464A-A740-9BB5CB0A9827/Documents/Blogger/)

Assalamualaikum...


Artikel menarik yang hendak dikongsikan hari ni mengenai fahami asa kesihatan, kecergasan diri.. Bagus betullah Utusan Online ni, banyak ilmu yang kita boleh dapat kecuali politik la kan.. Tak minat politik, kalau baca yang real, selak selak aje bab politik ni hahahaha....

Jom kita baca artikel ni....

Fahami asas kesihatan, kecergasan diri

MUNGKIN anda terlupa. Untuk kekal sihat dan cergas, kesihatan perlu dijaga secara optimum melalui rutin disiplin dan gaya hidup sihat setiap hari. Antaranya, tidur cukup, bersenam setiap hari, amalkan pemakanan sihat dan melakukan pemeriksaan kesihatan selain bersukan.

Justeru, apa tunggu lagi. Minggu ini .com kongsikan beberapa kaedah yang perlu difahami oleh setiap remaja bagi memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas. - DHIYA'ZULHILMI DAUD

CUKUP TIDUR:
TIDUR sekurang-kurangnya enam jam sehari dapat memastikan tubuh berasa segar serta mendapat rehat secukupnya.

Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kesihatan jantung, mengurangkan tekanan, menguatkan ingatan, mengurangkan risiko kemurungan dan membantu memperbaiki sistem badan.

MENGGELIAT:
SEMASA tidur, tubuh melakukan proses pembuangan pelbagai toksin dan membaiki sel. Amalan menggeliat sejurus bangun daripada tidur dapat mengaktifkan pembuluh-pembuluh limfa termasuk limfa utama yang akan terbuka dengan cepat. Akhirnya, tubuh secara tidak langsung mampu mempercepatkan proses membawa keluar sisa-sisa toksin melalui pembuangan najis dan kencing.

PIRAMID MAKANAN:
JADIKAN piramid makanan sebagai panduan dalam pengambilan makanan sihat. Kandungan yang terdapat dalam piramid makanan dapat membantu seseorang mengawal pengambilan kalori yang diperlukan setiap hari. Selain itu, amalkan konsep 3K iaitu kurang manis, kurang masin dan kurang minyak.

AIR KOSONG:
MINUM air kosong selepas bangun dari tidur dapat meningkatkan kadar metabolisma badan kerana ia membantu seseorang menjadi lebih peka dan segar kerana kadar peningkatan tenaga dalam badan.

BERSENAM & BERSUKAN:
MELALUI bersukan, badan akan menghasilkan hormon precursor iaitu sejenis protein dalam darah yang dinamakan preopiomelanocortin. Bahan ini ditukarkan oleh badan kepada endorphin iaitu sejenis molekul yang bertindak sebagai pembawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti fizikal. Sebab itu, kita dapat merasakan keceriaan yang berpanjangan apabila melakukan senaman secara konsisten.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140125/kn_01/Fahami-asas-kesihatan-kecergasan-diri#ixzz2rtBHzg35
© Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments:

Post a Comment