heartbeat

Wednesday, March 3, 2010

FAKTA vs MITOS makanan yang dilarang

Mitos: Minum air sejuk membuatkan tubuh berisi.
Fakta: Berdasarkan kajian yang dilakukan, air sejuk tidak mengandungi kalori jadi tidak membuatkan tubuh bertambah gemuk. Minum air dalam jumlah yang banyak memang akan membuatkan tubuh menjadi lebih berat, tetapi 'lebihan' air itu akan dikeluarkan sendiri oleh tubuh melalui urin(air kencing).



Mitos: Makan tembikai setelah makan durian boleh terkena strok
Fakta: Durian mengandungi alkohol dan untuk itu kita harus kurangkan pengambilannya, misalnya tidak lebih tiga ulas. Berbeza dengan alkohol, jika diminum berlebihan boleh merosakkan hati dan sistem peredaran darah. Tetapi, sekiranya makan durian dan tembikai dengan jumlah yang sesuai, kamu tidak perlu bimbang. Makan durian berlebihan memang boleh mendorong untuk mendapat strok terutamanya jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan kurang bersenam. tambahan pula, kandungan fruktosa dalam tembikai rendah dan tidak sampai ke tahap menyebabkan strok.                                 

Mitos: Air limau nipis menyebabkan pedih ulu hati.
Fakta: Minum air limau nipis tidakmemberikan pengaruh pada berat tubuh, apa lagi jika di tambah dengan gula lagi betambah kalori. Walaupun rasanya masam, air limau nipis tidak membuatkan perut pedih. rasa masam buah ini bersifat nuetral dan membantu meneutralkan asid dalam perut.





 

Mitos: Garam membuatkan hipertasi.
Fakta: Menurut kajian yang dilakukan oleh penyeledik, tubuh kita sebenarnya memerlukan lima hingga enam gram garam setiap hari. Kelebihan garam mampu mendorong jantung bekerja lebih keras. Ini kerana terdapat kandungan natrium yang ada di dalam garam.


Mitos: Pesakit gastrik tidak boleh mengambil mee dan kopi.
Fakta: Pesakit grastrik tidak boleh makan mee dan minum kopi dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana kafein dalam kopi dan kandungan zat pengeras di dalam mee terutamanya mee segera boleh merangsangkan peningkatan asid dalam perut. Oleh itu, pengambilan mee segera tidak di galakkan. Tambahan pula mee segera mengandungi zat pengawet yang tidak boleh dicerna oleh tubuh dan ini merosakkan hati serta ginjal.



Mitos: Makan nenas menyebabkan keputihan.
Fakta: Pandangan yang salah! Keputihan disebabkan faktor hormon yang terjadi sebelum dan sesudah menstruasi. Juga disebabkan kurang beri rawatan pada vagina, contohnya menggunakan seluar dalam yang tidak menyerap peluh atau malas menggantikan tuala wanita. Nenas memang tiada hubung kait dengan keputihan, sebaliknya nenas mempunya kandungan vitamin C yang tinggu dan baik untuk ketahanan daya tubuh.




Mitos: Makan udang + vitamin C = keracunan
Fakta: Jika makan udang dan vitamin C menimbulkan racun arsenik dalam tubuh adalah mitos semata-mata! Udang dan vitamin C tidak mengandungi racun arsenik. Sebaliknya viamin C mengandungi antioksidan yang boleh meneutralkan kolestrol dalam udang.


Mitos: Makanan manis menyebabkan diabetes.
Fakta: Jangan salah sangka, karbohidrat pun boleh menjadi penyumbang kepada diabetes. Karbohidrat seperti nasi dan tepung juga mengandungi glukosa. Tapi tidak bermakna boleh berpantang makanan manis. Gula tetap diperlukan untuk melancarkan keja sel dan enzim. Gula yang baik berasal daripadan sumber alam seperti buah-buahan.


Mitos: Teh penyerap lemak dari makanan - langsing
Fakta: Teh bukan penyumbang kepada pelangsingan, sebaliknya boleh membuatkan kamu menderita anemia. Hakikatnya, zat tanin dalam teh akan menyebabkan zat besi dan mineral makanan yang kamu makan bukannya lemak! Jika ingin minum teh, minum selepas dua jam mengambil makanan. ini bagi memberi kesempatan pada usus menyerap makanan yang dicerna terlebih dahulu.


Mitos: Karbohidrat jadi lemak dalam tubuh
Fakta: Setiap makanan yang berlebihan pasti akan menjadi lemak dalam tubuh. Tidak pada kaborhidrat sahaja. Jumlah kalori dalam karbohidrat sama seperti protein lebih tetapi karbohidrat lebih mengenyangkan. Bukan karbohidrat yang haru dikurangkan ketika berdiet tapi jumlah kalori secara keseluruhannya.

Source: Majalah Dara.com  

No comments:

Post a Comment