heartbeat

Tuesday, July 31, 2012

Apple Puff Simple





Bahan-bahan:


4 keping puff pastry 
3 biji apple hijau 
1 sudu kecik serbuk kulit kayu manis 
1 sudu besar mentega 
3 sudu besar gula perang 
gula icing
air sedikit
minyak utk menggoreng


Cara-cara:


1. potong apple dal am bentuk cube sederhana
2. panaskan pan dan masukkan mentega bersama gula perang, tunggu cair sikit 
3. tambahkan sedikit air utk elakkan gula perang tu hangus
4. bila gula perang nak mendidih, masukkan apple cube tadi. masak sampai jadi caramel dan apple masak 
5. potong puff jadi empat segi sama.
6. isi inti apple tadi dalam puff dan lipat, dia akan jadi empat segi tepat. 
7. tekan tepi puff tu dgn garfu. (jadi la corak sket)
8. panaskan minyak dalam kuali. pastikan minyak banyak atau cukup untuk ampuhkan puff tu ok.
9. goreng sampai kekuningan. kemudian toskan.
10. tabur gula icing atas puff apple. ( untuk nampak lagi menarik)


Sakit Tapak Kaki Dan Sakit Tumit


Pengenalan
Sakit tapak dan tumit kaki ini sering berlaku di kalangan ahli sukan dan orang yang berumur 40 atau 50 tahun ke atas.  Seseorang itu tidak tahu puncanya. Tiba-tiba bila bangkit dari tidur atau dari tempat duduk, dan mula berjalan, sakitnya bagai dihiris pisau. Bila sudah lama berjalan sakitnya semakin lama semakin hilang.

Apa ada di tapak kaki dan tumit
Di dalam tapak kaki terdapat banyak urat-urat yang menggerakkan jari-jari kaki.Di dalam tapak dan tumit terdapat juga Plantar Fascia (=plan-ta, fa-sia)



Apa itu Plantar Fascia
Ia sejenis urat juga. Nipis, kuat dan keras. Warna keputihan. Biasanya ia bertindak seperti ‘pembalut plastik’ yang membalut urat-urat, saluran darah dan saraf-saraf. Urat ini melekat di tumit dan merentasi sehingga ke jari-jari kaki.
Kenapa tapak kaki ini mejadi sakit?
Ia sakit disebabkan oleh urat Plantar Fascia menjadi radang (inflammed). Ini dikenali sebagai Plantar Fasciitis (Plan=ta, Fas=sai=tis). Amnya ia disebabkan oleh kegunaan  tapak kaki secara berlebihan dan membuatkan Plantar fascia menjadi tegang.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Plantar Faciitis.
  • Senaman yang berlebihan
  • Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia
  • Kencing manis senang merosakkan Plantar Facia
  • Memakai kasut yang tidak sesuai semasa senaman atau berjalan. Ia membuatkan berat badan tidak tersebar dengan sama rata di bahagian kaki.
  • Bentuk tapak kaki yang datar (flat foot), tapak kaki terlampau melengkung atau gaya berjalan yang tidak normal boleh membuatkan Plantar Fascia menjadi tegang.
  • Obesiti
  • Mengandung
Rawatan
Bila seseorang mengalami gejala seperti ini,
  1. Rehatkan kaki sebanyak mungkin. Hindarkan berdiri atau berjalan tanpa sebab. Duduk jika ada peluang. Cara ini mengurangkan beban kepada kaki dan meredakan radang kepada Plantar Fascia.
  2. Bila bangkit dari tidur, sebelum mula berjalan, tegangkan tapak kaki 15-20 saat untuk 3 atau 4 kali. Memang terasa sakit sewaktu melakukan tersebut tetapi kurang rasa sakit bila mula berjalan.
  3. Meletakkan bungkusan ais dengan kain di tempat yang sakit selama 15 hingga 20 minit untuk 3 atau 4 kali sehari atau selepas aktiviti boleh meredakan kesakitan dan radang Plantar Fascia. Boleh juga dengan menggunakan botol air dari peti sejuk.
  4. Berjogging boleh digantikan dengan berenang atau berbasikal sebagai senaman.
  5. Penyokong tapak kaki boleh digunakan di dalam kasut untuk menghindarkan Plantar Fascia menjadi tegang sewaktu berlari atau berjalan.
  6. Ubat anti-radang untuk menghilangkan sakit biasanya diberi juga oleh doktor.
  7. Jika tiada perubahan biasanya doktor pakar akan memberi suntikan di tapak kaki.

Kesan sampingan jika dibiarkan
  1. Badan dan sendi akan mengalami sakit yang berpanjangan disebabkan oleh kesan berjalan yang tidak normal kerana sakit di tapak kaki.
  2. Heel Spur (=hil spe) – mendapan kalsium di bahagian Plantar Fascia yang radang membuatkan ia menjad bonjolan tulang yang keras. 70% dari kalangan Plantar Fasciitis mengalami atau terdapat heel spur. Ia tidak menyakitkan melainkan ia tertekan ke atas Plantar Fascia.


Source : Sakitanda.com

Monday, July 30, 2012

Sakit Lutut Di Usia Tua


Pengenalan
Bila umur seseorang meningkat seusia 45 tahun ke atas ramai di kalangan mereka akan ke klinik swasta mengadu masalah sakit lutut. Sakitnya tiada kaitan dengan kecederaan semasa. Ia terjadi dengan sendiri. Ada yang bengkak, tidak boleh berjalan, tidak boleh memanjat tangga, tidak boleh bengkok sewaktu solat atau tidak boleh bangun dari kerusi.
Sendi lutut yang normal

Apa itu Osteoarthritis (os=tio=at=trai=tis)?

Osteo maknanya tulang,
arthro maknanya sendi,
itis maknanya radang.

Ia sejenis penyakit lutut yang melibatkan radang sendi lutut dan tulang sekelilingnya. Ia adalah sakit lutut di kalangan orang-orang yang berumur terutama 50 tahun ke atas. Ia disebabkan oleh proses ‘guna pakai dan haus’ (wear and tear).

Apa yang terjadi pada sendi lutut?
Pelapik di bahagian sendi lutut bagai tayar kereta. Pada suatu hari tayar akan haus kerana ia melalui pergerakkan yang terlalu lama. Begitu juga dengan pelapik sendi (iaitu articular cartilage dan meniscus) ia akan mengalami haus (degeneration) disebabkan oleh kegunaan yang terlalu banyak dan lama. Apatah lagi sekiranya kegunaan lutut yang tidak normal akibat kecederaan sebelumnya atau bebanan yang terpaksa lutut tanggung kerana berat badan seseorang yang berlebihan.
Punca pelapik lutut haus (degeneration) dengan cepat.
  1. Obesity
  2. Kencing manis
  3. Kecederaan kaki yang masa lalu. Kaki yang cedera akan membuatkan fungsi kaki tidak normal seperti sebelum itu lagi. Sedikit sebanyak tekanan terhadap pelapik lutut tidak sama rata lagi. Ini seperti keadaan tayar yang cepat haus disebabkan oleh balance atau alingnment yang sudah tidak normal.
  4. Radang lutut yang lain seperti gout (ga=ut), rheumathoid arthritis (riu=ma=toid, at=trai=tis). Radang sendi akibat penyakit tersebut membuatkan tekanan terhadap pelapik tidak sama rata dan mengakibatkan kerosakan pada pelapik.
  5. Kecacatan kaki yang azali (congenital).
  6. Keturunan (genetic).
  7. Penyakit saraf.
Tanda-tanda Osteoarthritis.
  • Sakit. Terutama semasa dan selepas pergerakan.
  • Terasa sakit bila ditekan di bahagian lutut yang terlibat.
  • Kejang atau sendi jadi kaku. Terutama sewaktu pagi atau setelah beberapa ketika sendi tidak bergerak.
  • Tidak boleh bengkok.
  • Terasa atau terdegar mengersik (crepitation) bila sendi digunakan.
  • Bengkak yang keras di bahagian yang terlibat disebabkan terjadinya cebisan tulang.
Apa perlu dilakukan setelah disahkan mengalami Osteoarthritis
  • Rehatkan sendi lutut. Bila mengalami kesakitan sebaiknya rehatkan lutut sebanyak mungkin. Contohnya 12 jam hingga 24 jam. Jangan memaksa menggunakannya kerana ini akan merosakkan lagi dalaman sendi lutut.
  • Senaman. Bila sakit sudah tiada atau berkurangan, lakukanlah senaman setelah mendapat kebenaran dari doktor. Lakukanlah senaman yang lembut dan sederhana seperti berjalan-jalan, mengayuh basikal atau berenang. Senaman juga sangat penting untuk menguatkan otot di sekeliling sendi agar sendi akan lebih stabil. Jika sendi masih sakit dan bengkak elakkan senaman dahulu.
  • Kurangkan berat badan. Berkeadaan obes dan berbadan berat akan membebankan sendi pinggul dan sendi lutut. Walaupun hanya sedikit kurang dalam berat badan, ia tetap dapat mengurangkan bebanan pada sendi tersebut.
  • Memanaskan sendi. Memanaskan sendi dengan dengan menggunakan air suam dalam botol atau pad atau mandi air suam selama 20 minit sekali untuk beberapa kali sehari boleh membantu meredakan kesakitan.
  • Ubat-ubatan. Ubat penahan sakit atau ubat anti radang sangat membantu mereda dan menghilangkan kesakitan. Ia boleh didapati dari klinik atau farmasi. Sekiranya ada gejala gastritis harus berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Krim panas juga boleh meredakan kesakitan.
  • Gunakan alat bantu. Alat Bantu boleh membuat lebih mudah untuk menjalani harian anda tanpa menekankan sendi yang menyakitkan anda. Tongkat mungkin mengambil berat badan dari lutut anda atau pinggul sewaktu berjalan.  Doktor atau ahli terapi okupasional ( Ocupational Therapy) mungkin mempunyai idea tentang jenis alat bantu yang sesuai untuk anda. Katalog dan kedai peralatan perubatan mungkin juga tempat untuk mencari idea.
Rawatan
  1. Ubat untuk menghilangkan sakit
  2. Fisioterapi
  3. Suntikan Steroid ke dalam sendi lutut.
  4. Pembedahan.


Source:Sakitanda.com

Friday, July 27, 2012

Haid atau Mestruation



Ibaratkan makanan di dalam dulang, jika dibiarkan begitu saja ia akan rosak atau basi mungkin selepas satu hari.  Selagi tiada sesiapa yang memakannya, yang rosak itu akan dibuang dan diganti dengan makanan yang baru dan begitulah seterusnya sehingga ada seseorang yang akan memakan dan menjaganya barulah makanan tersebut akan bertahan mungkin selama 9 hari atau lebih. Sudah tentu berbagai kaedah akan digunakan untuk menahan makanan tersebut dari rosak.
Begitu jugalah haid di dalam rahim, jika ia dibiarkan begitu sahaja ia akan keluar sebagai darah haid selepas satu bulan. Selagi haid di dalam rahim tidak digunakan ia akan terkeluar melalui faraj dan akan diganti dengan haid yang baru dan begitulah seterusnya sehingga terdapat janin yang akan menggunakan haid tesebut dan menjaganya, barulah haid akan bertahan selama 9 bulan atau lebih.  Sudah tentu berbagai hormon akan terlibat dalam menahan haid tersebut dari terkeluar.

Jadi, haid sebenarnya seperti tempat yang disediakan untuk tumbesaran janin sekiranya persenyawaan berlaku antara telur dari ovary dan sperma. Haid adalah tempat yang dipenuhi dengan saluran darah yang membekalkan segala makanan dan oksigen untuk janin. Jika tiada janin pada bulan itu, haid akan musnah dan akan keluar melalui faraj sebagai darah haid untuk bulan tersebut.  Tetapi haid yang baru akan terjadi lagi dengan harapan terdapatnya janin kali ini.
Sebahagian dari janin dan sebahagian dari lapisan haid (endometrium) akan terbentuk uri (placenta).

Bagaimana haid terjadi?
Ia melibatkan 2 jenis hormon
  1. Hormon Estrogen (Es-tro-jen)
  2. Hormon Progestrone (Pro-jes-tron)
Kedua-dua hormone ini datangnya dari ovari.
Hormon Estrogen akan memulakan pembiakkan sel-sel haid pada peringkat awal kitaran haid (iaitu sejurus selepas tamat haid bulan yang lepas). Perlahan-lahan sel-sel haid akan mula menebal.
Bila haid telah tebal, hormone Progestrone pula akan memulakan tugasnya untuk mengekalkan haid tersebut sehingga berlakunya persenyawaan dan janin.


Bagaimana jika tiada persenyawaan atau janin berlaku? Hormone Progestrone dan Estrogen akan ‘merajuk’ dan kandungan ia dalam darah akan menurun secara tiba-tiba membuatkan darah haid yang tebal tadi tidak dijaga lagi oleh Progestrone lalu lapisan haid dalam rahim akan musnah dan keluar melalui faraj sebagai darah haid atau darah kotor atau dipanggil juga ‘period’.

Walau bagaimanapun hormone estrogen dan progestrone akan kembali tinggi untuk memulakan kitaran haid yang baru.

Bagaimana jika persenyawaan berlaku dan terbentuknya janin? Janin tersebut akan melekat di atas darah haid yang tebal tadi dan akan menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh darah haid seperti makanan dan oksigen selama 9 bulan bertujuan untuk tumbesaran mejadi bayi
Kitaran haid yang tidak normal
Jika kandungan hormone estrogen dan progestrone berada dalam tahap yang normal dalam darah, kitaran haid akan berlaku secara normal pada setiap bulan.
Fungsi estrogen adalah:
  • untuk membiakkan sel-sel haid agar ia menjadi tebal.
Jadi sudah tentu jika estrogen berkurangan, darah haid pun berkurangan atau tidak ada darah haid maka ketika itu haid tidak akan berlaku.
Fungsi progesterone pula ialah:
  • memperlahankan pembiakan sel-sel haid oleh estrogen,
  • menguatkan struktur sel-sel haid tersebut supaya ia tidak berkecai dan
  • merembeskan bahan-bahan ke dalam sel-sel haid yang diperlukan sebagai makanan untuk janin.
Banyak atau sedikit hormone estrogen dan progestrone dalam darah adalah dibawah kawalan hormone yang lain.
Estrogen (dalam ovari) dikawal oleh hormone Follicular Stimulating Hormone atau FSH (terletak di Pituitari iaitu di satu tempat dalam otak).
FSH pula dikawal oleh Gonadotrophic Releasing Hormone atau GnRH (terletak di hypothalamus juga di satu tempat dalam otak).
HypothalamusGnRHPituitaryFSHFollicleEstrogens
Begitu juga hormone progestrone, ia dikawal oleh Luteinizing Hormone atau LH (terletak di pituitari iaitu satu tempat dalam otak).
LH pula dikawal juga oleh Gonadotrophic Releasing Hormone atau GnRH (terletak di hypothalamus juga satu tempat dalam otak).

HypothalamusGnRHPituitaryLHCorpus luteumProgesterone

Nampaknya jika haid tidak teratur atau tidak normal, bukan estrogen atau progestrone sahaja boleh dipersalahkan.  Ia mungkin juga disebabkan oleh hypothalamus atau pituitary atau hormone-hormone yang di keluarkan oleh mereka.

Punca haid yang tidak teratur.
Ada 3 punca
  1. Pengeluaran Estrogen yang berlebihan.
  2. Pengurangan Progesteron
  3. Pengurangan Estrogen
1. Pengeluaran Estrogen berlebihan.
Fungsi estrogen adalah untuk membiakkan sel-sel haid agar ia menjadi tebal. Bila estrogen dikeluarkan berlebihan dan terlalu lama, sel-sel darah haid terus menebal dan bertambah-tambah dalam rahim. Bila sel-sel haid ini berkecai, ia mengeluarkan darah haid yang banyak.
2. Pengurangan Progesteron.
Fungsi progesterone pula ialah memperlahankan pembiakan sel-sel haid oleh estrogen danmenguatkan struktur sel-sel haid tersebut supaya ia tidak berkecai. Jadi jika progesterone kurang, struktur sel-sel haid tidak akan kuat dan memyebabkan sebahagian sel haid berkecai sedikit demi sedikit. Seseorang itu akan mengalami haid yang keluar sedikit-sedikit tapi kerap.
3. Pengurang estrogen.
Jika hormone menurun dengan tiba-tiba sel-sel haid akan berkecai dengan mudah dan akan keluar sebagai darah haid. Jika tahap hormone estrogen sentiasa berkurangan perdarahan haid tidak akan berlaku.
Apa itu DUB (Dysfunctional Uterine Bleeding).
Ia adalah perdarahan rahim (uterine bleeding) yang bukan di sebabkan oleh kehamilan, ubat-ubatan, masalah dengan saluran  peranakan, ketumbuhan termasuk kanser atau kesan sampingan dari penyakit dari badan (systemic disease). Jika ganguan hormon,  ia diketagorikan DUB.

Dalam DUB,
  • 90% berpunca dari kitaran haid jenis anovulasi – di mana proses ovulasi (pengeluaran telur dari ovari) gagal berlaku dalam kitaran haid ini.
  • 10% berpunca dari kitaran haid jenis ovulasi – di mana proses ovulasi berlaku dalam kitaran haid ini.
DUB atau gangguan haid yang berlaku dari jenis anovulasi, adalah disebabkan oleh gangguan pengeluaran hormone dari hypothalamic-pituitari-ovari. Ia berlaku dalam lingkungan umur reproduktif yang sangat muda dan sangat berumur. Bila tiada ovulasi, maka tiada progestrone.
Fungsi progesterone pula ialah memperlahankan pembiakan sel-sel haid oleh estrogen danmenguatkan struktur sel-sel haid tersebut supaya ia tidak berkecai. Akibatnya sel-sel haid (endomerium) akan bertambah tebal tetapi strukturnya tidak kuat dan atau stabil. Akibatnya sel haid berkecai dengan tidak tentu masa dengan banyak dan dengan masa yang panjang.
DUB yang berpunca dari kitaran jenis ovulasi pula (di mana proses ovulasi berlaku dalam kitaran haid ini) boleh disebabkan oleh pengeluaran hormon progesterone yang sangat kurang atau pengeluarannya terlalu lama. Mungkin juga pengeluaran hormone dari hypothalamic-pituitari-ovaritidak terganggu tetapi ia berpunca dari kegagalan rahim itu sendiri untuk mengawal perdarahan.
Gangguan haid dikatakan DUB jika faktor-factor dibawah ini bukan puncanya:
Komplikasi kandungan
  • Intrauterine pregnancy
  • Ectopic pregnancy
  • Spontaneous abortion
  • Gestational trophoblastic disease
  • Placenta previa
Jangkitan kuman
  • Cervicitis
  • Endometritis
Kecederaan
  • Laceration, abrasion
  • Foreign body
Ketumbuhan Malignant (bahaya)
  • Cervical
  • Endometrial
  • Ovarian
Penyakit Pelvic yang Benign (tak bahaya)
  • Cervical polyp
  • Endometrial polyp
  • Leiomyoma
  • Adenomyosis
Penyakit Sistemik
  • Hepatic disease
  • Renal disease
  • Coagulopathy
  • Thrombocytopenia
  • von Willebrand’s disease
  • Leukemia
  • Hypothyroidism
  • Hyperprolactinemia
  • Cushing’s disease
  • Polycystic ovarian syndrome
  • Adrenal dysfunction/tumor
Ubat-ubatan/iatrogenic
  • Intrauterine device
  • Hormones (oral contraceptives, estrogen, progesterone)
Rawatan
Pergilah ke klinik dan berbincang dengan doktor. Doktor akan bertanya beberapa soalan untuk memastikan masalah DUB itu hanyalah gangguan hormone dan bukan penyakit yang tersenarai di atas.
Ujian darah atau ujian lain mungkin perlu dilakukan.




Source  :  Sakitanda.com

Sakit Pinggang

Bila seseorang datang ke klinik mengadu sakit pinggang biasanya dia merujuk kepada sakit atau rasa tidak selesa di kawasan bawah belakang sehingga tulang punggung.
Sakit pinggang tidak bermakna sakit buah pinggang (kidney). Buah pinggang tidak terletak di bahagian pinggang. Ia terletak lebih atas dari kawasan pinggang dan ia diselindungi dan dilindungi oleh tulang rusuk bahagian belakang.
Mungkin anda cuma sakit urat belakang sahaja. Terdapat banyak urat di bahagian belakang dan pinggang seperti gambarajah di bawah.
Apabila seseorang itu menggunakan urat belakang terlalu lama atau agresif atau kedudukan badan (posture) yang tidak betul, ia boleh menyebabkan otot tersebut akan kejang dan sakit. Keadaan ini membuatkan ramai orang menyangka sakit ini adalah dari sakit buah pinggang (kidney) sebaliknya ia hanya sakit dan tegang urat belakang sahaja.



Bagaimana cara untuk mengenalpasti sakit tersebut hanya dari urat belakang dan tidak dari buah pinggang.
  • Biasanya sakit urat belakang bermula setelah berlaku atau melakukan sesuatu kegiatan yang melibatkan bahagian belakang sebelumnya. Ini seperti terjatuh, bermain aktiviti sukan yang telah lama ditinggal, mengangkat berat, melakukan tunduk dan bangun berkali-kali, duduk di kerusi atau berdiri terlalu lama, memandu kenderaan terlalu lama, demam atau batuk yang berpanjangan.
  • Sakit belakang bertambah sekiranya pergerakan belakang dibuat. Sebaliknya jika tiada pergerakan sakitnya kurang atau tiada.
  • Tiada tanda-tanda sakit buah pinggang seperti bengkak kaki dan muka, masalah kencing yang terlalu banyak atau terlalu sikit, kencing berdarah, tekanan darah meninggi dengan mendadak, intensitinya sama samada bergerak atau diam diri (melainkan jangkitan kuman di buah pinggang, tetapi ia mesti berserta dengan demam panas), demam, muntah, sakit kepala dan pening. Biasanya simptom-simptom ini datang perlahan-lahan melainkan batu karang di saluran kencing atau buah pinggang.
  • Mengurut, ubat penahan sakit dan ubat tegang otot boleh melegakan atau menghilangkan sakit belakang tetapi tidak jika sakit buah pinggang.
  • Pemereksaan darah dan air kencing adalah normal.
Sakit buah pinggang yang boleh terjadi dengan tiba-tiba, tanpa demam, tanpa bengkak kaki atau muka hanya batu karang sahaja. Itu pun tak semestinya batu karang tersebut merosakkan buah pinggang. Sakit buah pinggang yang lain biasanya datang dengan perlahan-lahan bersertakan dengan simptom-simptom yang lain.

Source: Sakitanda.com

Thursday, July 26, 2012

Gastrik atau Gastritis


Pengenalan
Kebanyakan pesakit yang datang ke klinik yang mengadu sakit gastrik merujuk kepada sakit di hulu hati, pedih, kadang-kadang rasa mual atau muntah. Tidak tahan dengan makanan pedas atau masam. Sering kembung perut. Berak yang tidak menentu. Kadang-kadang susah dan kadang-kadang cirit.
Jangan keliru dengan Gastric Ulcer di mana kulit dalaman perut sudah luka dan sakitnya melebihi sakit gastrik.

Keadaan ini merujuk kepada apa yang dipanggil gastritis (ges-trai-tis).
Gastric bermakna perut, itis makna radang. Jadi gastritis bermakna radang perut, di mana kulit dalaman perut kalau dapat dilihat ia kelihatan kemerahan seperti melecet tetapi belum lagi luka (ulcer).

Jadi, tanda-tandanya ialah:
  1. Sakit pedih atau menyucuk di hulu hati (stomach pit). Kadang-kadang terasa hingga ke belakang. Bertambah sakit bila termakan makanan pedas atau masam.
  2. Rasa pedih dari perut hingga ke dada (heart burn). Ini disebabkan oleh asid gastrik tertolak dari bahagian perut ke atas (esophagus). Seringkali boleh terbatuk.
  3. Loya atau muntah. Ini disebabkan pergerakan (Peristaltic action) saluran pemakanan yang tidak normal juga disebabkan angin yang berkumpul dalam usus.
  4. Kembong perut. Juga disebabkan oleh tindak balas saluran pemakanan yang tidak normal juga disebabkan angin yang berkumpul dalam usus. Kadang-kadang perut terasa mudah penuh dan tegang walaupun makan cuma sedikit sahaja.
  5. Berak yang tidak normal. Bila buang air besar kadang-kadang cirit dan kadang-kadang tidak lawas. Bila sudah buang terasa masih lagi tertinggal dalam usus (sense of incomplete evacuation).
  6. Sesak nafas atau mengah (pastikan bukan jantung atau paru-paru).
  7. Bila terasa sakit yang amat sangat mungkin seseorang kelihatan pucat.
  8. Jika Gastric Ulcer , mungkin muntah (bukan batuk) berdarah atau berak dengan najis berwarna hitam (bukan darah merah).

Tahukah anda?
Di dalam perut kita terdapat asid  HCL yang sangat kuat. Ukurannya PH 1.5 ke PH 3.5. Ia boleh menghancurkan kain atau kertas dengan senang. Bagaimana perut kita boleh bertahan dengan asid yang kuat itu?
Perut diibaratkan sebuah beg yang tebal. Di sebelah dalam beg tersebut, asid HCL sentiasa keluar dari kulit dalaman. Asid yang kuat ini penting untuk menghancurkan segala ketulan makanan yang dimakan  kepada yang paling halus supaya penghadaman boleh bertindak dengan berkesan.
Kenapa asid HCL tidak menghancurkan perut juga? Ini kerana kulit dalaman perut ditutupi oleh sejenis lendir (Mucus) yang sangat tahan dengan asid tersebut. Jadi kulit dalaman perut mengeluarkan asid dan sementara itu juga ia mengeluarkan lendir untuk menutupi kulit perut agar asid yang dikeluarkan tadi tidak merosakkan kulit perut pula.
Faktor yang boleh menyebabkan gastritis.
Apa-apa yang menyebabkan kulit dalaman (mucosa) perut rosak, membuatkan lendir (mucus) tidak dapat dikeluarkan dan ini akan menyebabkan kulit perut terdedah kepada asid HCL dan menyebabkan radang (inflamation) kepada kulit dalaman perut.
Kulit Dalaman (mucosa) boleh rosak disebabkan oleh:
  1. Merokok
  2. Mengambil ubat tahan sakit (NSAID) berlebihan seperti Ponstan, voltaren, brufen, synflex, ibuprofen dan lain-lain.
  3. Mengambil ubat steroid tanpa kawalan seperti Prednisolone.
  4. Ubat tambahan (suppliment) seperti Iron tablet yang sering diguna oleh orang yang mengandung.
  5. Minuman arak (alcohol).
  6. Physical stress (bukan psychological atau emotional stress) dalam keadaan seseorang mengalami kecederaan luka, menjalani pembedahan dan kulit badan yang melecur atau terbakar. Emotional stress tidak menyebabkan gastritis directly tetapi ia merangsang pengeluaran lagi banyak gastric asid HCL dan menyebabkan sakit gastritis bertambah sakit.
  7. Jangkitan kuman, yang paling biasa ialah Helicobacter Pylori. Kuman ini suka hidup dalam keadaan berasid. Kalau asid banyak seperti dalam keadaan emotional stress maka lagi banyaklah kuman H. Pylori.
  8. Makanan. Kopi,  samada yang ada caffein atau tidak boleh menggangu (irritates)  kulit dalaman perut. Kopi juga merangsang asid gastrik keluar lagi banyak. Caffein juga terdapat dalam cokolat, coca-cola, Nescafe dan cocoa. Makanan bergoreng dan kandungan garam yang tinggi juga mengganggu (irritate) kulit dalaman perut. Makanan yang pedas atau masam tidak merosakkan kulit dalaman perut tetapi membuatkan gastritis yang sedia ada bertambah sakit.

Rawatan
Rawatan gastritis sangat berlainan dengan rawatan gastric ulcer. Gastritis hanya radang sahaja manakala gastric ulcer pula kulit dalamannya telah luka dan berlubang.
Umumnya rawatan gastritis ialah bertujuan untuk memulihkan semula kulit dalaman perut (mucosa) yang telah melecet atau rosak.

Untuk itu jauhilah perkara atau makanan yang menyebabkan gastritis seperti:
  1. Merokok.
  2. Meminum kopi atau minuman mengandungi caffien seperti coke, pepsi, cocoa dan chocolate.
  3. Makanan pedas dan bercili.
  4. Mengambil ubat tahan sakit (NSAID) berlebihan.
  5. Mengambil ubat steroid tanpa kawalan.
  6. Memakan makanan jeruk dan masam.
  7. Makanan bergoreng dan berminyak.
  8. Minum susu, boleh dicuba tetapi susu juga boleh merangsang pengeluaran lebih asid HCL. Ini kerana protein dan calcium dalam susu merangsang rembesan acid HCL.
  9. Kerisauan yang melampau.

Rawatan di klinik biasanya adalah:
  1. Antacid, untuk neutralisekan acid HCL yang berlebihan dalam perut. Contohnya, Zellox, Macgel, Alucil
  2. Mengurangkan pengeluaran acid HCL.
  • H2 Blocker. Contoh: Cemetidine (Tagamet), Ranitidine (Zantac), Famotidine
  • Proton-pump inhibitor. Contoh: Esomeprazole (Nexium), Omeprazole (losec)
Ubat-ubatan ini akan memberi peluang kepada kulit dalaman (mucosa) perut untuk tumbuh dan sembuh semula.

Pencegahan
  1. Jauhi perkara atau makanan yang menyebabkan gastritis seperti di atas.
  2. Jadual waktu sarapan dan makan mestilah teratur.
  3. Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan angin atau kembung perut seperti kobis, bunga kobis, kekacang, broccoli dan sesetengah buah-buahan.
  4. Sewaktu makan ianya dilakukan perlahan-lahan dan makanan dikunyah dengan betul supaya penghadaman senang dilakukan oleh perut.
  5. Makan dengan sedikit tetapi kerap lebih baik dari makan dengan banyak tetapi tidak selalu makan.
  6. Meminum air kelapa yang mengandungi banyak mineral dan vitamin dipercayai boleh memulihkan dalaman perut gastris.
  7. Amalan memakan 2 biji pisang dan meminum susu 10 mint kemudian juga dipercayai boleh pulihkan gastritis.


Source:Sakitanda.com

A Perfect Muslim Child ~ Salam, The Word of Kindness






Salam, The Word of Kindness

Our Holy Prophet Muhammad (s.a.w.) was sitting one day with his Companions and they were talking together. 

A person came in without asking permission and didn't even Offer his salam. 

"Why didn't you say salam?" questioned the Prophet.


"Why didn't you ask permission to come in?!" 


"Go back. Ask our permission and greet us with your salam before you come in, he instructed. Regarding salams. the Holy Prophet has told us: 


"O Muslims! you will not enter Paradise unless you are kind to each other. unless you warmly say salam to each other whenever you meet. 


"Always say saIam in a loud voice and reply in the same way. 
God loves most the person who says saIam first and gives him better rewards and blessings." 


"First give your salam, then say whatever you have to say.

Wednesday, July 25, 2012

A Perfect Muslim Child ~ Being Clean



Being Clean

We all know that particles of dirt are harmful for our health. and that we must be careful of them. For example, the urine and faeces of human-beings are dirty. and the religion of Islam calls these "najis", meaning impure. 


Islam tells us: "If these pollute our body or clothing, we must wash our body and clothes with water in order to make it clean. It is also important that the body and the clothes of a person wishing to perform the prayer must be perfectly clean. 

TO eat food that is impure is forbidden and sinful. 

Whenever we go to the toilet, we must sit in such a way that drops of urine do not get on our clothes, for drops of urine, however small, make clothing and the body impure. We must also clean the outlet of faeces, too. This we do either with three pieces of paper or with water (pouring the water with our right hand and washing with the left.) After coming out from the toilet, it is good that we wash our hands with soap and water. 

To pass urine or faeces while facing the qibla. or with one's back to the qiblh, is forbidden and sinful. We must squat to pass urine. and not do it standing. Our Holy Prophet has told us: "Don't pass urine while standing." 

And we mustn't go to answer the call of nature next to rivers and streams. nor under fruit trees, nor streets or lanes. The religion of Islam is a clean religion, and tells us: "Cleanliness is a part of religion." A young Muslim works hard to keep his body and clothes pure, and he is always clean. 


Tuesday, July 24, 2012

Buffalo Wings


INGREDIENTS

Wings
  • 2 lbs chicken wings (about 12 wings)
  • 3 Tbsp butter, melted
  • 4 Tbsp bottled hot pepper sauce (like Crystal or Frank's Original)
  • 1 Tbsp paprika
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/2 teaspoon cayenne pepper
  • 1/4 teaspoon black pepper
wings-2.jpgwings-1.jpg




1 Cut off wing tips (discard or reserve for other use such as making stock). Cut wings at the joint. Put chicken wing pieces in a plastic bag. Set aside.Food safety note: when cutting raw chicken it is best to use a cutting board reserved just for cutting raw chicken. Wash thoroughly when finished. Do not let raw chicken juices come in contact with other food.
wings-3.jpg
2 Create a marinade by stirring together the melted butter, hot pepper sauce, paprika, salt, cayenne pepper and black pepper. Pour all but 2 tablespoons of the marinade over the chicken pieces in the plastic bag. (Reserve marinade for coating after the pieces come out of the oven.) Seal bag and let marinate at room temperature for half an hour. When marinating is finished, drain marinade and discard bag.

3 Place wing pieces on the rack of a broiler pan. Broil 4 to 5 inches from the heat for about 10 minutes on each side, until chicken is tender and no longer pink. Remove from oven and baste with reserved marinade. 

credit:simplyrecipes.com