heartbeat

Monday, July 23, 2012

Ketahui Tentang Penyakit Kelamin



Penyakit Kelamin (Sexual Transmitted Disease [STD] atau Venereal Disease [VD]) , juga dikenali sebagai Jangkitan Kelamin (Sexual Transmitted Infection [STI]). Ia adalah suatu penyakit antara manusia yang jangkitannya melalui tingkah laku seksual, termasuk seks vagina, seks oral (mulut), dan seks dubur.
Pada masa lalu, penyakit ini selalu disebut sebagai STD atau VD, tetapi pada masa ini istilah Jangkitan Kelamin (STI) telah banyak digunakan, kerana ia mempunyai makna yang lebih luas.
Seseorang yang mempunyai Jangkitan Kelamin (STI) boleh dijangkiti dan berpotensi menjangkiti orang lain, tanpa menunjukkan tanda-tanda penyakit. Sesetengah Jangkitan Kelamin (STI) juga boleh merebak melalui penggunaan jarum penagih dadah selepas digunakan oleh orang yang dijangkiti STI. Ia juga boleh berjangkit sewaktu bersalin atau penyusuan bayi.
Jenis Jangkitan Kelamin yang sering berlaku.
  1. Gonorrhoea (=go-no-ria)
  2. Syphilis (=si-fi-lis)
  3. Herpes Simplex (=her-pis, sim-plek)
  4. Chlamydia (kla-mi-dia)
  5. HIV
1. Gonorrhoea
Kuman yang bertanggung jawab : Neisseria gonorrhoeae (jenis bakteria)
Jangkitan boleh terjadi kepada semua jantina samada lelaki atau perempuan. Ia berlaku samada melalui seks vagina, seks dubur atau seks mulut. Oleh itu jangkitan akan terdapat pada faraj, pangkal rahim, lubang dubur (rectum), tekak atau mata. Walaupun hubungan seksual menerusi dubur tidak berlaku, gonorrhoea juga boleh dikesan di bahagian lubang dubur kerana kuman gonorrhoea boleh merebak dari kawasan kemaluan.
Tanda-tanda Gonorrhoea
Sebanyak 60 peratus dari kalangan wanita dan 10 peratus dari kalangan lelaki yang dijangki kuman ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda. Di kalangan lelaki biasanya akan berlumuran dengan lelehan cecair yang kuning atau hijau dari hujung lubang zakar dan mengalami kesakitan sewaktu membuang air kecil.Sakit sewaktu kencing sakitnya seperti dihiris pisau cukur.
Di kalangan wanita simptom gonorrhea lebih terhad atau tidak ada. Namun lelehan nanah dari faraj dan kencing yang sakit juga boleh terjadi. Walaupun cuma sedikit lelehan nanah atau cuma sedikit sakit sewaktu kencing, kemungkinan jangkitan gonorrhoea tetap ada sekiranya seseorang itu pernah melakukan seks dengan seseorang dijangkiti penyakit tersebut. Sebaiknya dapatkanlah ujian bagi gonorrhoea dengan segera seterusnya rawatan.Bagaimana gonorrhoea dikesan (diagnosed) Biasanya ada 3 teknik.
1. Mikroskop Cahaya (Light Microscope). Sampel nanah diambil dan bakteria gonorrhoea diperiksa melalui Mikroskop Cahaya.2. Mengesan DNA atau gene bakteria gonorrhoea. Sampel air kencing digunakan.
3. Kultur Bakteria gonorrhoea. Sampel nanah digunakan untuk membiak kuman tersebut.
Rawatan
Harus berjumpa dengan doktor agar antibiotik dapat diberi.
Tanpa Rawatan
Di kalangan lelaki, Bakteria gonococcal merebak ke
  1. Prostate (=pros-tet)
  2. Buah Zakar
  3. Saluran kencing. Bila menjadi parut ia membuatkan saluran kencing menjadi sempit dan sukar untuk membuang air kencing.
  4. Dalam 1% lelaki yang dijangkiti, kuman ini merebak ke seluruh badan dan menyebabkan ruam kulit dan radang sendi (arthritis), demam dan hilang selera makan.

Di kalangan wanita,
1. Dalam 10% hingga 20% dari wanita yang dijangkiti dengan gonorrhoe, mengalami radang pelvis (jangkitan kuman di sekitar kawasan rahim).   2. Kesukaran untuk hamil disebabkan kerosakan saluran tiub fallopian.
3. Semasa bersalin, mata bayi yang terkena gonorrhoea akan mengalami konjunktivitis (jangkitan kuman di mata) dan boleh buatkan buta jika tidak dirawat dengan segera.
4. Kadang-kadang kuman gonococcal membiak dalam darah dan menyebabkan jangkitan kuman dalam darah (septicemia) dan seterusnya jangkitan kuman ke dalam otak, injap jantung dan boleh membawa maut.

2. Syphilis (=si-fi-lis)
Kuman yang bertanggung jawab : Treponema pallidum (sejenis bakteria).
Syphilis berjangkit melalui hubungan secara langsung dengan pesakit syphilis. Jangkitan kuman syphilis berlaku melalui hubungan seks faraj, dubur atau mulut.
Wanita mengandung yang menghidap penyakit ini boleh menjangkiti bayi yang mereka kandungi.
Syphilis tidak boleh merebak melalui perkongsian tempat duduk tandas, tombol pintu, kolam renang, kolam air panas, tab mandi, perkongsian pakaian atau pinggan mangkuk.
Apakah tanda-tanda dan gejala syphilis di kalangan orang dewasa?
Ramai orang yang dijangkiti syphilis tidak mempunyai apa-apa gejala sehingga bertahun-tahun lamanya, tetapi dia terdedah kepada komplikasi jika tidak dirawat. Ramai mendapat jangkitan ini dari seseorang yang tidak menyedari yang mereka adalah pengidap syphilis. Mereka tidak sedar bahawa kudis (sore) yang terdapat di zakar adalah kudis syphilis dan boleh memberi jangkitan kepada orang lain.
Syphilis ada 4 peringkat
  1. Peringkat Primer (Primary Stage)
  2. Peringkat Sekunder (Secondary Stage)
  3. Peringkat Tersembunyi (Latent Stage)
  4. Peringkat Tersier (Tertiary Stage)
1. Peringkat Primer Peringkat pertama ini biasanya akan muncul satu kudis yang di panggilchancre (=cen-ker). Mungkin juga lebih dari satu. Ia berlaku di tempat di mana kuman syphilis memasuki ke dalam badan.
Chancre ini timbul lebih kurang 10 hari hingga 90 hari (purata 21 hari) setelah seseorang dijangkiti kuman sypilis.
Chancre ini biasanya agak keras, bulat, kecil, dan tidak menyakitkan.
Chancre ini akan berada di situ selama 3 hingga 6 minggu kemudian ia akan hilang.
Jika chancre syphilis tidak dirawat sebaiknya sebelum itu, jangkitan syphilis akan beralih kepada peringkat Sekunder (secondary stage) walaupun chancre hilang dengan sendiri.

Pada lelaki, biasanya chancre timbul pada batang zakar, tetapi kudis ini juga boleh terdapat di lubang dubur atau mulut. Meskipun kudis tersebut boleh dilihat dengan jelas, tetapi disebabkan kudis itu tidak merasa sakit, kebanyakkan mereka mengabaikannya dengan harapan ia akan hilang dengan sendiri (memang ia hilang dengan sendiri, tetapi kumannya masih ada).Pada wanita, tempat biasa pembetukkan chancre (kudis syphilis) ialah dalam vagina atau pangkal rahim. Oleh kerana lokasi ini tersembunyi dari pandangan dan ia tidak menyakitkan, wanita ini sering tidak sedar bahawa mereka mempunyai kudis chancre dan telah dijangkiti syphilis.
2. Peringkat Sekunder (Secondary Stage)
Pada peringkat ini kudis chancre sudah megecil atau sudah tiada lagi tetapi kuman syphilis sudah berada dalam badan. Peringkat ini seseorang itu akan mengalami
  • ruam kulit dan
  • keradangan Kulit Dalam (mucous membrane lesion)
Peringkat ini biasanya bermula dengan terjadinya ruam pada satu tempat atau lebih dibahagian badan. Ruam ini biasanya tidak terasa gatal.
Ruam yang dikaitkan dengan syphilis sekunder boleh muncul sewaktu chancre mula sembuh dan menghilang atau beberapa minggu selepas chancre telah sembuh.
Ciri-ciri bintik syphilis sekunder ini boleh muncul sebagai bintik kasar, merah atau coklat kemerahan pada kedua-dua tapak tangan dan bahagian bawah kaki. Walau bagaimanapun, ruam dengan penampilan yang berbeza boleh berlaku pada bahagian badan yang lain, kadang-kadang menyerupai ruam yang disebabkan oleh penyakit lain. Kadang-kadang ruam ini begitu pudar sehingga mereka tidak perasan.Selain daripada ruam, gejala-gejala lain syphillis sekunder ini ialah demam, bengkak kelenjar limfa (lymphnode), sakit tekak, mungkin termasuk demam, kelenjar limfa (lymphnode) bengkak, sakit tekak, keguguran rambut, sakit kepala, kehilangan berat badan, sakit otot dan kelesuan.
Tanda-tanda dan gejala syphillis sekunder ini akan hilang dengan atau tanpa rawatan, tetapi jika tanpa rawatan, jangkitan akan merebak dan beralih kepada Peringkat Tersembunyi (Latent Stage) dan mungkin ke Peringkat Akhir (Peringkat Tersier).
3. Peringkat Tersembunyi (Latent Stage)
Ia bermula apabila gejala dari Peringkat Primer dan Peringkat Sekunder telah hilang tanpa rawatan. Walaupun gejalanya hilang pesakit ini akan terus mempunyai kuman syphillis. Peringkat Tersembunyi ini boleh bertahan selama beberapa tahun.
4. Peringkat Tersier (Tertiary Stage)
Peringkat akhir syphillis ini boleh terjadi lebih kurang 15% daripada orang yang tidak merawat syphillisnya, dan peringkat tersier ini boleh muncul 10-20 tahun selepas jangkitan yang mula-mula.
Di peringkat ini ia boleh merosakkan organ-organ dalaman, termasuk otak, saraf, mata, jantung, saluran darah, hati, tulang, dan sendi. Tanda-tanda dan gejala peringkat Tersier ini termasuklah kesukaran untuk menyelaraskan pergerakan otot, lumpuh, kebas, buta secara perlahan-lahan dan demensia (hilang ingatan). Kerosakan ini boleh menjadi serius sehingga boleh menyebabkan kematian.
Diagnosis Pemeriksaan darah harus dilakukan di makmal untuk memastikankan jangkitan syphillis
Rawatan Rawatan awal masih boleh menyembuhkan.  

3. Herpes Simplex (=her-pis, sim-plek)
Herpes Simplex adalah salah satu penyakit yang boleh menyebabkan penyakit kelamin (STD) yang dipanggil Herpes genital (kemaluan). Kuman yang bertanggung jawab ialah kuman virus Herpes simplex. Ada 2 jenis:
  1. HSV-1 (jenis ini kurang menyebabkan Herpes genital tetapi kerap kepada bahagian mulut dan bibir)
  2. HSV-2 (jenis ini yang lebih kerap menyebabkan Herpes genital)
Tanda-tanda jangkitan.
Kebanyakan individu yang mengalami jangkitan dari kedua-dua jenis kuman ini, tidak menunjukkan sebarang simptom atau simptomnya hanyalah sedikit sahaja. Kebanyakan orang yang dijangkiti tidak sedar bahawa mereka telah dijangkiti. Jika ada tanda-tanda jangkitan ianya sangat sedikit dan kadang-kadang mereka tidak perasan atau mereka cuma menyangka ia hanyalah gigitan serangga atau radang kulit yang biasa. Jika terdapat tanda-tanda, ia kelihatan
  • Pada wabak (outbreak) pertama ini, munculnya satu atau lebih lepuh atau blisters (ruam yang berair) pada sekitar kemaluan atau rektum (dalam lubang dubur).
  • Wabak pertama ini kelihatan ketara dan serius berbanding wabak seterusnya.
  • Bila lepuh ini pecah, ia akan mejadi kudis atau ulcer . Kudis ini terasa sakit dan mungkin sembuh selepas 2-4 minggu bagi yang kali pertama berlaku.
  • Tanda-tanda dan gejala lain dalam episod pertama ini termasuklah, kemunculan kudis herpes yang kedua, selsema, demam dan bengkak kelenjar.
  • Lepuh yang seterusnya (wabak yang kedua) boleh muncul lagi beberapa minggu atau beberapa bulan selepas lepuh (blisters) yang pertama berlaku. Biasanya wabak kedua ini kurang teruk dan ia cepat sembuh dari wabak pertama.
  • Kuman Herpes simplex ini boleh berada dalam badan buat selama-lamanya tetapi wabak yang akan berlaku seterusnya akan berkurangan dari setahun ke setahun.
Bagaimana jangkitan Herpes genital berlaku?
HSV-1 dan HSV-2 boleh dijangkiti melalui kudis herpes (ulcer). Walaupun tidak terdapat kudis pada kulit, kuman herpes ini juga boleh berjangkit melalui kulit yang kelihatan normal dari pesakit herpes genital.
Secara amnya, seseorang itu hanya boleh dijangkiti HSV-2 melalui hubungan seks dengan seseorang yang kemaluannya mempunyai jangkitan HSV-2. Jangkitan juga boleh berlaku daripada pasangan yang mempunyai kuman herpes walaupun mereka tidak ada tanda-tanda dan walaupun mereka tidak mengetahui mereka dijangkiti.  
Herpes simplex dan mengandung.
Jika jangkitan ini berlaku kepada ibu, untuk melahirkan bayi, pembedahan cesrean harus dilakukanSangat penting untuk wanita menjauhi dari dijangkiti Herpes simplex sewaktu mengandung kerana jangkitan ini boleh membawa maut kepada bayi.  
Herpes simplex dan HIV
Herpes Simplex membantu menyebarkan kuman AIDS iaitu HIV. Seseorang yang dijangkiti Herpes simplex mudah terdedah kepada jangkitan HIV.
Diagnosis
Herpes genital boleh didiagnose oleh doktor melalui:
  1. Pemeriksaan visual (dengan cara lihat) jika kudisnya jenis yang jelas dan tipikal (biasa).
  2. Mengambil contoh sampel kudis dan diperiksa di makmal.
  3. Jika tanda-tandanya tiada, ujian darah untuk mengesan antibody terhadap HSV-1 atau HSV-2 boleh dilakukan.
Rawatan untuk herpes
Tiada rawatan yang boleh menyembuhkan herpes. Ubat antiviral hanya boleh memendekkan waktu wabak dan mencegah wabak yang baru sewaktu seseorang mengambil ubat tersebut.
Bagaimana herpes boleh dicegah?
  1. Jauhi seks rambang dan setialah kepada pasangan yang pastinya tiada jangkitan tersebut.
  2. Kepada pengamal seks rambang, penggunaan kondom lateks dengan betul dan konsisten boleh mengurangkan risiko herpes genital.
  3. Setelah seseorang itu mengetahui yang dirinya berpenyakit herpes genital, dia harus menjauhi dari melakukan aktiviti seks dengan pasangan yang tidak berpenyakit tersebut.
  4. Adalah penting untuk mengetahui bahawa walaupun seseorang itu tidak mempunyai sebarang tanda-tanda, pengidap herpes genital masih boleh menjangkiti pasangan seksnya.
  5. Pasangan yang melakukan seks dengan pengidap herpes genital perlu dimaklumkan kepada doktor bahawa mereka berkemungkinan telah dijangkiti. Ujian darah mesti dilakukan untuk menentukan sama ada pasangan tersebut dijangkiti dengan HSV. Jika ujian darah adalah positif, kemungkinan besar pasangan tersebut telah dijangkiti herpes genital.

4. Chlamydia (kla-mi-dia)
Chlamydia adalah penyakit kelamin (STD) yang disebabkan oleh bakteria, trachomatis Chlamydia(=tra-ko-matis, kla-mi-dia). Chlamydia boleh berjangkit melalui hubungan seks faraj, dubur atau mulut.
Bayi juga boleh dijangkiti dari ibu sewaktu bersalin.
Seseorang yang mengamalkan seks bebas dan mempunyai pasangan seks yang ramai mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti clamydia.
Gadis remaja atau gadis bawah umur lebih mudah dijangkiti kerana pangkal rahim (cervix) mereka masih belum matang. Juga lelaki yang mengadakan seks dengan lelaki juga berisiko tinggi untuk jangkitan chlamydia.
Simptom
Chlamydia dikenali sebagai penyakit “senyap” kerana majoriti daripada orang yang dijangkiti tidak mempunyai gejala. Jika gejala-gejala berlaku, ia biasanya muncul dalam masa 1 hingga 3 minggu selepas pendedahan.
Pada wanita, bakteria trachomatis Chlamydia ini akan memasuki faraj dan menjangkiti saluran air kencing (urethra). Ia juga boleh merebak ke pangkal rahim (cervix). Pada waktu ini wanita tersebut mungkin akan megalami
  • lelehan cecair (discharge) keluar melalui faraj
  • pedih dan sakit sewaktu atau selepas kencing
Jika ia merebak dari pangkal rahim ke tiub fallopian (fungsinya membawa telur dari ovari dan tempat di mana persenyawaan berlaku), pada waktu ini seseorang itu mungkin akan mengalami,
  • tiada tanda-tanda atau gejala,
  • terasa sedikit sakit perut,
  • sakit pinggang,
  • loya,
  • demam,
  • sakit semasa perhubungan seks
  • perdarahan di antara tempoh haid.
  • ketidaksuburan (gagal untuk hamil)
  • merosakkan organ-organ kehamilan.
Dari pangkal rahim ia boleh merebak ke saluran dubur (rectum). Bagi lelaki, Mungkin mengalami,
  • lelehan cecair dari zakar
  • rasa pedih atau sakit sewaktu atau selepas kencing
  • lubang kencing gatal dan pedih
  • sakit atau bengkak buah zakar sangat jarang berlaku
Untuk lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seksual menerusi dubur boleh menyebabkan jangkitan chlamydia dalam saluran dubur (rectum) dan menyebabkan,
  • saluran dubur (rectum) menjadi sakit, mengeluarkan cecair (discharge) dan pedarahan.
Chlamydia juga boleh didapati di dalam tekak wanita atau lelaki yang mempunyai seks oral dengan pasangan yang dijangkiti.
Komplikasi yang boleh disebabkan oleh chlamydia jika tidak dirawat.
Pada wanita,
jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke dalam rahim atau fallopian tiub dan menyebabkan penyakit keradangan pelvis (jangkitan kuman di sekeliling rahim). Ini berlaku dalam kira-kira 10 hingga 15 peratus wanita yang dijangkiti chlamydia yang tidak dirawat.
Chlamydia juga boleh menyebabkan jangkitan fallopian tiub tanpa apa-apa gejala.
Jangkitan Clamydial akan menyebabkan kerosakan kekal pada fallopian tiub, rahim, dan tisu-tisu di sekitarnya. Kerosakan itu boleh membawa kepada sakit pelvik yang kronik , kemandulan dan kehamilan ectopic (kehamilan di luar rahim) yang boleh membawa maut.
Chlamydia juga boleh meningkatkan peluang untuk dijangkiti HIV, jika terdedah.
Komplikasi di kalangan lelaki sangat jarang berlaku. Jangkitan kadangkala merebak ke epididimis (tiub yang membawa sperma dari testis), menyebabkan kesakitan, demam, dan kadang-kadang menyebabkan kemandulan. Kadang-kadang jangkitan chlamydial genital ini boleh menyebabkan arthritis (radang sendi) yang boleh disertai oleh jangkitan di kulit dan radang mata dan urethra (saluran kencing).
Bayi kepada ibu pengidap Chlamydial, terdapat beberapa bukti bahawa jika jangkitan chlamydial tidak dirawat, boleh membawa kepada kelahiran pramatang (premature delivery). Bayi yang dilahirkan ini boleh mendapat jangkitan chlamydial di mata dan saluran pernafasan. Chlamydia merupakan penyebab utama radang paru-paru dan konjunktivitis (mata merah jambu) dalam bayi yang baru lahir (newborn baby).
Bagaimana chlamydia didiagnos atau dikesan?
Terdapat ujian makmal untuk mendiagnos chlamydia. Ia boleh dilakukan ke atas air kencing atau spesimen yang diambil dari zakar atau pangkal rahim (cervix).
Apakah rawatan untuk chlamydia?
Chlamydia boleh dirawat dan disembuhkan dengan antibiotik. Dos tunggal Azithromycin atau Doxycycline selama seminggu adalah rawatan yang paling biasa digunakan. Orang-orang yang positif HIV dengan chlamydia harus menerima rawatan Clamydial yang sama seperti orang-orang yang HIV negatif. Semua rakan seks perlu dinilai, diuji, dan dirawat.
Bagaimana chlamydia boleh dicegah?
Untuk membantu mencegah akibat jangkitan Chlamydia yang serius, pemeriksaan boleh dilakukan sekurang-kurangnya setiap tahun terhadap semua wanita yang aktif melakukan hubungan seks terutama yang berumur 25 tahun ke bawah. Satu ujian saringan tahunan juga boleh disyorkan untuk wanita yang lebih tua yang mempunyai faktor-faktor risiko yang tinggi untuk jangkitan Chlamydia. Semua wanita hamil harus menjalani ujian saringan terhadap Chlamydia.
Cara yang paling pasti untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit kelamin adalah menjauhi dari hubungan seksual yang bebas atau kekalkan hubungan monogami.



Source:Sakitanda.com

72 comments:

  1. Assalamualaikum..umur saya baru 22 tahun...tapi masalah yang saya alami sekarang nie adalah zakar saya mengeluarkan cecair putih yg kekuningan..apabila saya hendak membuang air kecil..saluran zakar saya akan terasa sakit..setakat nie dah 2 hari...boleh saya tau punca n cara nak selesaikan nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. wsalam.. kene pegi check up dengan doktor untuk mengelakkan sebarang masalah lain yg mungkin akan timbul

      Delete
  2. Assalammualaikum , saya sekarang pun disituasi sama dengan awak azarahman. Boleh saya tau keadaan sekarang macam mana ? Makin beransur pulih ?

    ReplyDelete
  3. xjuga...yg paling truk bila time tdur...dia akan cepat naik sndri..bila naik tu 100% sakit...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sy pun alami situasi yg sama. Cuma bezanya sy x sakit. cecair tu pun warna jernih je. Cuma benda tu buat saluran kencing jadi gatal. Dah pi klinik tp xde detect ape pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid..aku lun ade situasi cam ko bro..mcm mane skrg..

      Delete
    2. Zahid..aku lun ade situasi cam ko bro..mcm mane skrg..

      Delete
  6. salaam.. buat yang memberi komen di atas. baik korang gi check dan further check up untuk elakkan sebarang masalah lain. sepatutnya dpt antiobiotik kalau gi check utk ubatkan masalah yg dihadapi

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. salam , saya nak bertanya untuk tahu . kenapa dekat zakar saya ade macam kutil/gigitan serangga? memang menggangu waktu kerja saya . boleh beri penjelasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salaam tuan, itu kene pegi check di klinik yg ada merawat sakit lelaki, atau lebih baiknya ke hospital yg ada pakar utk memeriksanya.

      Delete
  9. Hi..saya Sherly berumur 34 tahun.saya mengalami seperti ruam berwarna keputihan pada kemaluan saya dan ianya sakit dan tak selesa.selain dari itu ada cecair yang keluar berwarna kuning kehijauan melalui faraj tetapi ianya tak berbau...keadaan ni sudah 3 hari.boleh saya tahu apakah ini siflis dan apakah yang harus saya buat?

    ReplyDelete
  10. Hi..saya Sherly berumur 34 tahun.saya mengalami seperti ruam berwarna keputihan pada kemaluan saya dan ianya sakit dan tak selesa.selain dari itu ada cecair yang keluar berwarna kuning kehijauan melalui faraj tetapi ianya tak berbau...keadaan ni sudah 3 hari.boleh saya tahu apakah ini siflis dan apakah yang harus saya buat?

    ReplyDelete
  11. Hi..saya Sherly berumur 34 tahun.saya mengalami seperti ruam berwarna keputihan pada kemaluan saya dan ianya sakit dan tak selesa.selain dari itu ada cecair yang keluar berwarna kuning kehijauan melalui faraj tetapi ianya tak berbau...keadaan ni sudah 3 hari.boleh saya tahu apakah ini siflis dan apakah yang harus saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sherly, itu keputihan yg teruk, maybe dijankiti kuman candida. sebaiknya pergi ke klinik pakar wanita dan dptkan rawatan. ada ubat utk sakit begini jgn khuatir..

      Delete
  12. Hi..sya Ady..sya ingin nak bertanya adakah doktor akan merahsiakan penyakit kami?
    atau doktor akn hantar maklumat kami kepada majikan kami atau pihak sekolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. X. Doktor akan rahsiakan. Standard procedure. Even kepada majikan dan parents.

      Delete
    3. X. Doktor akan rahsiakan. Standard procedure. Even kepada majikan dan parents.

      Delete
  13. hai..sya ingin nak bertanya adakah doktor swasta akan merahsiakan maklumat penyakit kita?
    atau doktor akan hantar maklumat kita kepada pihak majikan kita atau pihak sekolah sekiranya kita menghidapi penyakit kelamin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salaam tuan, semestinya info pesakit akan kekal rahsia. tiada pembocoran maklumat akan berlaku sbb para medikal team ada akujanji tidak menyebar maklumat tanpa kebenaran.

      Delete
  14. assalamualaikum . tumpang tanya . batang zakar saya ada timbul biji kecil . tak gatal kalau tak usik . jadi gatal bila kita garu . tapi risau dengan situasi tersebut . adakah itu punca pemakaian atau boleh membawa kepada penyakit bahaya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salaam tuan, pada pendapat general saya, tu hanya keradangan biasa, maybe tidak sesuai dgn fabrik yg sedang diguna pakai. cuba tukar fabrik. sementara itu cuba beli dettol dan amalkan membasuhnya dgn air suam panas dicampur dettol. maybe berkurangan. jika tidak, perlu bawa berjumpa doktor pakar lelaki utk pemeriksaan lanjut. jgn jumpa doktor biasa di klinik kerana penyakit sebegini memerlukan pemerhatian dr doktor yg arif mengenainya.

      Delete
  15. Segala penyakit pesakit adalah rahsia bagi pengamal perubatsn..jadi jangan risau untuk ke hospital atau klinik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salaam tuan.. benar segala maklumat pesakit semestinya dirahsiakan. tiada sebab utk dibocorkan. jika dibocorkan kita ada hak utk saman, jgn risau hak kita sebagai pesakit dan org awam.

      Delete
  16. Replies
    1. hi Diana Kuddus... sama sama kita manfaatkan info yang bagus ni k. at least ade ilmu pengetahuan kan.. :)

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang cuba saudara komen sampai di delete oleh author?

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Salam,sy nak tnya. Husband sy tkde siflis atau HIV. Tp ada bintik bintik. Kami dh lama tk lakukan hbgn seks. Sbb penyakit dia and dh refer doc. Tp slps sy bl**j** dia,dada sy sakit. Adakah sy dijangkiti? Tlg sy doc. Sy rasa nk bercerai,sbb dia tk fkir masa dia mntm tu doc. tlg sy stress!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salaam.. kurang jelas dgn soalan anda.. penyakit suami dah refer ke doctor tu, ape kata doctor ye? seeloknya minta buat rawatan susulan utk mengetahui selanjutnya. dada sakit tu maybe fikiran anda terlalu memikirkan tentang itu. anda harus bersabar dgn situasi ini dan ini masanya memberi sokongan penuh pd uami dan merawat sakit dia.

      Delete
  20. Salam sya ada rasa tidak selesa biji dekat zakar dye mcm kena tekan2 rasa mcm tidak selesa apa ke ini jangkitn

    ReplyDelete
    Replies
    1. salaam. tu kene check dgn dokotor supaya doctor bole chek dgn lebi detail. jgn biarkan bimbang ade kuman yg tak disedari

      Delete
  21. Hai...nk tanya sikit...baru2 ni sayat terasa gatal pada zakar bila membuang air kecil...dan setelah d periksa berkali2 ada seperti cecair yg cerah bukan nanah...adakah ini juga salah satu daripada penyakit kelamin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi... saya cadangkan pergi check dgn doctor, bimbang ade kuman yg tak disedari, maybe membersihkan tak detail jadi ade kuman tertinggal. elok check segera sebelum jadi lagi teruk

      Delete
    2. Terima kasih dgn saranannya...dan sebelum ni ada juga pergi check kat klinik...dan d beri antibiotik...slps seminggu hilang...dan slps 1 minggu ianya datang balik...dan ada kah ia tlh berjangkit dgn isteri saya...dan apa tindakan yg perlu d ambil...

      Delete
    3. hi... saya cadangkan lebih baik terus ke klinikpakar utk pemeriksaan lanjut... biasanya klinik biasa takkan buat pemeriksaan lanjut seperti klinik pakar.

      Delete
  22. Herpes simplex 1 mmg tak boleh hilang n mmg akn wujud komplikasi ke bila mengandung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi InsafInsaf, saya cadangkan bertanya lanjut dengan klinik pakar wanita.sebab saya tak dpt nak tentu kan mcmner tahap sakit yg di hadapi itu, jgn berlengah membuat pemeriksaan ya

      Delete
  23. salam.sy nk tnye.sy dh buat 3 kali blood test. 2 test tnjuk syphilis non reactive and 1 test tnjuk reactive.and sy buat berlainan lab utk comparison.then again i repeat blood test as a med chckup utk employment,,its borderline.ade sesiapa boleh ulas.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak dapat ulas dgn lebih lanjut melainkan saya tgk sendiri result lab test itu.. untuk mendapatkan penjelasan terperinci sila buat full check up dengan pakar.jgn tunggu lagi jika tidak selesa dgn result yg saudara dpt.

      Delete
  24. Adakah dgn satu kali ujian darah kita boleh tahu mengidap atau membawa sti
    Walau pun ketika itu kita sihat dan tiada simptom?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti. rasanya bole consult dengan doktor. biasanya melalui ujian darah dapat detect perlbagai penyakit tak nampak zahirnya

      Delete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. salam,sy shira sy nak tanya ade tak ubat laen selain follow up hospital?sebb husband sy kene penyakit sifilis doktr ckp kalau sy nak bagi ubat herba ke bole ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi shira.. saya tak berapa galakkan sebab tak berapa yakin bukan tak percaya tapi selalunya ubat hospital lebih diketuahi bagusnya. tapi tak salah mencuba. kalau ade sebarang kepelikkan, bole stop dan consult doktor semula tau.

      Delete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Sya nk tnya , sjak seminggu ni zakar saya trasa skit bila buang air kecil , kadang sya ade prasan ade lelehan air (mcm air mazi)yg kluar dri zakar sya .. btw sya xda buat hbgan seks kat mana2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang dah sembuh tp senyap je selepas itu.
      tlg lh share info dgn kami yng baru kena ni,m cmna sembuh? g klinik mana?
      kita tlg org Allah tlg kita.

      Delete
  29. Salam...Saya nizam...sy nk tanya sejak brape hari nie zakar saya mcm ada bengkak2...bole saya tau ape maksud tu? Ape patut saya buat?

    ReplyDelete
  30. Salam .. boleh dapatkan senarai klinik yg boleh check penyakit kelamin ?

    ReplyDelete
  31. Salam .. boleh dapatkan senarai klinik yg boleh check penyakit kelamin ?

    ReplyDelete
  32. Salam .. boleh dapatkan senarai klinik yg boleh check penyakit kelamin ?

    ReplyDelete
  33. Salam .. boleh dapatkan senarai klinik yg boleh check penyakit kelamin ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang dah sembuh tp senyap je selepas itu.
      tlg lh share info dgn kami yng baru kena ni,m cmna sembuh? g klinik mana?
      kita tlg org Allah tlg kita.

      Delete
  34. Salam..sya sbelom ni ad ulcer di btg zakar sya dlm masa sebulan bru ok..slpas tu selang sebulan ulcer tu naik balik di tmpt yg sama jugak... adakah ni penyakit kelamin or biasa ja? Ulcer tu bla disentuh sakit...n bernanah skit2..

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. assalamuallaikum...tumpang bertanya..bawah batang zakar saya...timbul biji..bile picit keluar nanah...ade 1 hari sye gunekan ubat utk pembesaran..slepas itu terjadi pembengkakan..sye cucuk dgn jarum...keluar nanah..selepas tu surut..kemudian...shgga skrg..adakalanya naik bengkak lgi..bile picit keluar nanah...yg tmpt cucuk tu mmg 2 3 hari akan ade sdikit mcm nanah keras..berbau...yg timbul bru picit nanah..mcm bisul...skrng..ade mcm ruam..kulit kering dimuka...knpe ye..boleh mntak penjelasan..takut berkait...berkahwin...msih tiada zuriat..

    ReplyDelete
  37. Hi. Sy nk tnya. Knpa bila sy buang air kecil penghujung air kencing zakar terasa sakit ? Help me asap

    ReplyDelete
  38. Hi. Sy nak tny. Knpa bila sy membuang air kecil tapi bila penghujung air kecil zakar sy terasa sakit ?

    ReplyDelete
  39. Hi. Sy nk tnya. Sya bru berkahwin & masih baru dlm hal ni. Slps mlakukan hbungan intim, kami ttdo dan terjaga keesokan harinya sedangkan kami tidak lg mncuci alat intim kami. Adakah kmi akan dijangkiti penyakit ni ? Siapa siapa yg mmpunyai komen, sy amat perlukannya skrg. Thanks

    ReplyDelete
  40. Jika ada tanda jangkitan...cepat ke klinik utk rawatan...

    ReplyDelete
  41. ramai yang dah sembuh tp senyap je selepas itu.
    tlg lh share info dgn kami yng baru kena ni,m cmna sembuh? g klinik mana?
    kita tlg org Allah tlg kita.

    ReplyDelete
  42. hi.. pertama kali selepas 10 tahun kahwin, sy jilat kemaluan isteri. keesokan hari sy batuk. selepas beberapa kali jumpa doktor batuk x hilang juga. batuk masih berlarutan sebulan lebih

    ReplyDelete
  43. Hi
    Baru2 ni saya chexk STI sebab terasa bawah abdomen sakit.. result nya saya ureaplasma parvum detected

    Saya kena masuk antibiotic melalui drip sebanyak 2 kali.. doc bagi avelox moxi (warded)

    Sekarang masih dalam antibiotic selama 12 hari makan pil avelox moxi.. esok hari terakhir makan antibiotic tapi simptom nya masih ada lagi...

    Lagi 6minggu kena jumpa doc utk retest

    Saya jumpa Dr Andy di Glenegle KL

    ReplyDelete
  44. Tak banyak info yang saya jumpa dalam blog Malaysia

    Susah bagi saya utk google penyakit ni

    Doc ckap bakteria ni susah nak mati!

    ReplyDelete
  45. salam, doc, vagina say mcm ad biji biji jerawat banyak juga, bila sy garu dia pecah and jadi mcm ulcer, tu tanda sakit kelamin ke?

    ReplyDelete